Saturday, June 4, 2011

setelah ber...nak kata berbulan sudah semestinya berbulan..

ha3...
apakah yang terjadi..??
wadah perjuanganku ini telah menjadi sunyi sepi...
hilang tak dikenali..
wujud tanpa didengari...

ha3..
ana..weish..sampai dah rasa pelik nak guna ana...

ha3..
membuka blog ini bagaikan mengimbau kisah lama..
jikalau dulu,
tatkala ana masih di tingkatan 2..
hampir setiap hari,blog akan diupdate..
namun sekarang..
hmmm..hidup segan mati tak mahu....

dalam post kali ini,mungkin panjang..
sebab,post kali ini adalah post paling penting dalam hidup ana..
ini adalah WASIAT ANA...
yes,i really mean it..
recently,i realise that life is not as long as we thought..
we may die tomorrow or today..
nobody knows..
so,as a preparation,this 'MAY' be the last post from me..

wasiatku...

pertama sekali,
ana ingin meminta maaf kepada semua rakan2 ana..
terutamanya.
farhan amat tamiyes.kau aku dah kenal sejak pertama kali aku nak kenal ABC.
kita dah kenal lamakan farhan,aku masih ingat macam mana manjanya kau dengan mak kau.
kalau masa kita darjah 3,sebelum bunyi loceng,kau selalu tunggu dalam kereta mak kau.
mak kau kan cikgu sesi pagi kan..
kau dengan happy lepak dalam kereta mak kau,aku pun ikut sama sambil main game mainan happy meal.game sonic gear.
ha3,aku pun ingat lagi macam mana kau khianati aku sebab seorang budak perempuan..
ha3,tu memang salah aku pun buat budak tu nangis.
banyak kenangan aku dengan kau yang selama2nya takkan aku lupakan..
kalau ikutkan hati aku,nanti kalau sempat aku jadi tua dengan kau,biarlah kita dapat lepak2 minum kopi sama lepas tu borak benda2 yang mak bapak kita borak bila dah tua.

kepada amir ridwan,
kaulah kawan paling genius pernah aku kenal.
walaupun kadang2 aku genius drpd kau..(cehh,nak bega gak)..
kaulah orang pertama yang jadi cabaran dalam hidup aku sejak aku mulakan hari persekolahan dalam sekolah menengah.
kau jadi lawan aku dalam peperiksaan,tapi jadi teman dalam kehidupan.

kepada arif hakimi,
ha3...aku mengaku,aku dengan kau memang tak pernah sebulu..
masing2 nak ikut kepala sendiri..
tapi,aku rasa seronok ada 'musuh' macam kau..
ha3...aku minta maaf kalau kadang2 aku kecilkan hati kau..
aku harap kau maafkan aku..

kepada amirul arief
ha3..kau selalu cubit2 aku dalam kelas..
kau selalu buli aku..
tapi,aku pun selalu buli kau.
jangan risau mirip,rahsia kau akan terkubur bersama aku bila aku mati karang..
aku harap aku berpeluang nak belajar dengan kau..
best kena buli dengan kau..
paling best,aku dapat tahu rahsia kau...

ridzwan faiz,
ha3...nen,aku selalu gaduh2 dengan kau dulu..
kau aku dah anggap macam punching bag aku..
aku un dh jadi macam punching bag kau..
seronok dapat bergusti dengan kau..
aku harap,hal kita pukul memukul sesama sendiri tu jadi kenangan manis,bukan pahit..

ikram,
ha3..budak batak korea..
aku selalu ejek kau tak hensem..
aku gurau je laa..kau jangan terasa hati..
ejekkan aku tu saja je..
mesti laa pelik kalau aku cakap kau hensem..
ape gay ke aku nie...ha3

skell,
hoi rangka hidup..
kau dah macam badut dah aku tengok.ha3..tapi lawak..
maafkan aku kalau ada kata2 aku yang guris hati kau...

islah,
kau..kau..ha3..kau gila baik dengan aku..
dah 3 tahun aku sekelas dengan aku..
tak pernah sekali aku tengok kau dengan perasaan rasa nak ejek,tumbok, dan sebagainya(ha3,jahat gila aku)..
asal aku tengok sejuk mata memandang...alangkah indah kalau dapat bermenantukan kau..ha3!!!!!
kalaulah aku berpeluang hidup lama,aku teringin nak anak macam kau...

kepada ajwad,
CHD...ha3..
ajwad,aku rasa dengan aku aku paling banyak berdosa..
aku ejek kau...
kalau lah boleh aku tebus semua kesalahan aku..nak je aku tebus..
tapi aku tahu,aku takkan dapat tebus..ajwad,aku nak sangat minta peluang untuk tebus semua dosa aku..
aku memang banyak dosa dengan kau...aku harap,post ni dapat buka hati kau untuk maafkan aku..
aku tak nak mati dalam keadaan aku masih berhutang dosa dengan kau..aku minta kau maafkan aku ajwad...kalau kau nak,kau kecing laa atas kubur aku kalau itu satu2 nyer cara kau nak maafkan aku...

kepada kawan lelaki yang tak disebutkan disini..korang semua bukan tak rapat dengan aku..cuma aku tak mampu nak tulis pasal korg semua...aku nak minta maaf dengan korg semua kalau aku pernah sakitkan hati korang..aku takkan lupa kenangan Eminent 95 dengan akorg...aku bersyukor jadi satu batch dengan korang...Eminent 95 is the best...

bersambung...kalau ana sempat post..

Sunday, March 13, 2011

Sekian lama menghilang

fuyyo....
dah lama ana tak online..
nak guna kata ganti diri "ana" un dah rasa pelik..
ntah laa..
seja dua menjak nie,
rasa malas nak buat post..
macam tak ada mood je..
rasa nyer,
log ana nie pun bukan ramai orang yang baca..
so,ana pun dah cari pendekatan baru..
ana starigt foward di FACEBOOK.....
semua orang boleh baca...
lagi menarik..
dan ana boleh post dengan laju....
jadi,selepas nie...
ok..
berjumpa di facebook..
add laa ana sebagai friends
search akeem_snake@yahoo.com...
for now,my profile picture is someone who giving a flower to a girl!!!...
ha3!!!....tu kakak ana lah sebenar nyer
asslamua'alikum

wallahua'lam...

Wednesday, December 1, 2010

kesedihan

sedih ana katakan..
selama 15 tahun ana hidup di bumi Allah nie..
baru sekarang ana tahu sejarah sebenar kebangkitan Islam dan kejatuhan Islam...
dari zaman pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin..
ke zaman pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyyah...

jujur ana katakan,
selama nie ana hanya tahun sedikit sahaja daripada perkara ini..

bila ana lihat balik di dunia luar..
ana lihat ramai juga orang lain yang mengalami nasib seperti ana..
mujur ana sempat sedar akan perkara ini...

dalam hal ini,
satu pihak sahaja yang boleh dipersalahkan..

KITA sendiri..

kita leka dibuai propaganda dan agenda Musyrikin..
hingga kita lupa tanamkan satu semangat dalam jiwa setiap umat Islam
semangat yang telah lama pudar daripada dunia sejak 1924...yakni semenjak zaman kejatuhan Khilafah yang terakhir..
semangat yang dipanggil JIHAD

walaupun semangat tersebut telah pudar ditelan kerakusan pemikiran yang jauh menyempang daripada kehambaan kepada Allah secara menyeluruh,
namun,masih terdapat segelintir yang masih berpegang teguh pada tali Allah demi menjalankan amanat-Nya yang telah diberi sejak turunnya Adam ke bumi ini...
masih terdapat segelintir yang masih sanggup bertarung di tengah kekejaman dunia yang semakin hari semakin hebat mengeksploit segala jiwa anak2 muda termasuk yang tua demi memuaskan nafsu amarah yang bertuhankan tak lain tak bukan syaitan yang dilaknat Tuhan yang agung yakni Allah S.W.T..
masih terdapat segelintir yang masih cintakan Islam dek keyakinan mereka bahawa hanya Islam sahaja yang mampu membawa keamanan,
keamanan yang tidak termilai harganya jika dinisbahkan kepada keseronokan duniawi yang pasti musnah dan reput dimamah zaman yang semakin hari semakin dahsyat mengejar manuisa yang leka dan alpa....

benarlah sabda rasulullah...
"Islam itu datang dalam keadaan dagang(terasing),maka ia akan kembali dalam keadaan dagang(terasing),maka bahagia siapa yang berdagang(terasing) tersebut"(Muslim)

akhir kata,
marilah mulai dari hari ini,
kita bersama2 menanamkan semangat jihad dalam diri kita,
dan dalam diri orang lain...

ingatlah janji Allah kepada orang beriman :

" Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (An-Nuur:55)

Wallahhua'lam...

Saturday, November 20, 2010

Ekstremisme

apabila kita sebut tentang ekstremis,
apa agak2 nyer kita bayangkan..???
untuk mengecilkan lagi skop ekstremis nie,
ana ingin kalian melihat daripada sudut agama islam...

apa agak2 nyer yg dimaksudkan dengan ekstremisme dari segi Islam..???

akan muncul dua pandangan yang berkaitan terhadap maksud ekstremisme...
dan,pandangan ini ada dibicarakan dalam kitab karangan al-fadhil Yusuf al-qardawi.."
"Islamic awakening between rejection and extremism"...

ana takkan ulang bulat2 daripada buku tersebut..
tapi ana akan beri kesimpulan yang bersesuaian dengan suasana di Malaysia..
agar kalian mudah memahaminya..

Dua pemerhatian yang perlu dikaji

Aisyah r.a suka membaca sebuah puisi daripada Labid bin Rabia'h..
puisi tersebut menukilkan tentang perasaan Labid menyaksikan maksiat yang dilakukan ketika zaman beliau...
Aisyah r.a selalu bertanya kepada dirinya sendiri..
"sekiranya Labid menyaksikan apa yang telah terjadi pada zaman aku ini,mesti dia lagi berduka cita"...
Aisyah berkata seperti itu kerana terdapat beberapa amalan yang pada zaman Labid kelihatan seperti dosa,namun,pada zaman Aisyah,ia kelihatan biasa...
Hal ini jelas menunjukkan sekiranya kita hidup disebuah kawasan yang sentiasa dikelilingi oleh orang2 agamawan,sebarang tindakkan yang makruh mungkin sahaja boleh dipandang sebagai dosa..

puisi tersebut menunjukkan bahawa cara kita mengkategorikan seseorang adalah dipengaruhi oleh suasana kehidupan kita..

begitu juga sekiranya terdapat seorang lelaki yang selama ini hidup dalam suasana yang penuh kancah maksiat,dia akan mengatakan bahawa perempuan yang memakai tudung merupakan seorang yang berlebihan dalam agama atau dipanggil ekstremis..
malahan,terdapat kes yang lebih teruk lagi sehinggakan menegur seseorang supaya tidak melakukan kejahatan juga dipandang pelik dan ekstremis...

Kaitannya dengan ekstremisme

amatlah tidak adil,
bagi seseorang itu dituduh sebagai ekstremis,
hanya disebabkan orang yang menuduh tersebut terpengaruh dengan suasana kehidupan dirinya sendiri...
dan menilai tanpa menggunakan kefahaman yang jelas tentang maksud sebenar ekstremisme tersebut...

Kesimpulan..

kita tidak boleh menyatakan seseorang itu ekstremis hanya disebabkan pandangan dan kefahaman kita yang cetek terhadap maksud ekstremisme itu sendiri...

post ana pada kali ini hanya untuk menjelaskan apakah masalah yang berlaku di kalangan manusia sekarang ini yang takut dan gerun akan perkataan ekstremisme..
kerana mereka takut dituduh sebagai ekstremis..
atau mereka sendiri juga takut terhadap segala bentuk ekstremisme bedasarkan kefahaman yang cetek..

oleh itu,kita wajiblah mendalami maksud sebenar ekstremisme tersebut agar kita tidak sesuka hati melemparkan tuduhan ektremis kepada orang lain...
semoga dapat kita elakkan pergaduahn berlaku seperti yang terjadi terhadap kaum muda dan kaum tua...
tiada faedah yang dapat kita kecapi...

Wallahhua'lam...

Monday, November 15, 2010

Golden Rule dan Islam

ana tertanya2 kepada diri sendiri..
"ana nie baik sangat ke sampai nak nasihat orang lain??"
ana tak kisah pun kalau kalian semua nak pertikaikan nasihat ana....
ana memang tak baik mana...
ana sama saja macam manusia yang lain..
ana pun kadang2 bangun lambat,buang masa..
sebab itu,anak mula terfikir..
selama nie ana marah orang lain,agak2 nyer apa perasaan orang tersebut haa..??

kalau ana kena ditegur dengan orang yang macam ana laa..
banyak bagi nasihat,tapi jahat jugak..
ya, memang,ana memang tak baik mana...
tapi,ana cuba sedaya upaya nak jadi baik..
biarlah orang lain pandang ana nie teruk...

berbalik kepada perasaan ana tadi..
sudah semestinya ana akan rasa tak puas hati sedikit..
ana akan berasa tak puas hati jika ditegur oleh orang yang perangainya sama macam ana..
sedikit je,tak banyak pun...ha3
tapi,semenjak dua menjak nie,lepas ana fikirkan tentang perkara nie..
ana baru mengerti satu perkara yang paling asas...
yang paling mudah...

GOLDEN RULE...

Golden Rule bermaksud
"you treat people as you want people to treat you"
anda melayan seseorang seperti mana anda ingin orang melayan anda..

kalau dilihat teori nie,
teori nie ada kaitan dengan satu hadis..

" Tidak sempurna Iman seseorang kamu,sehingga die MENCINTAI SAUDARANYA SENDIRI SAMA SEPERTI DIA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI..."(Muslim & Bukhari)

nampak tak kesamaannya...

"melayan orang lain dengan cara kita ingin orang lain melayan kita",
dengan "mencintai seseorang sama seperti kita ingin kita ingin diri kita dicintai"..

Golden Rule itu merupakan penjelasan terhadap hadis Rasulullah tersebut...

Mencintai seseorang

maksud mencintai di sini bukanlah maksud kita suka pada seseorang,
tapi perkara tersebut membawa maksud kita mengasihi seseorang...
dalam bahasa melayu mungkin akan ada kekeliruan
tapi dalam bahasa arab,'yuhibbu' itu bermaksud 'suka,cinta,kasih'

Sama seperti kita ingin diri kita dicintai

ana bagi contoh,
kalau anda mendapati diri anda tersekat dalam trafik,
anda rasa marah sangat,
anda rasa macam nak je potong semua orang,tak kisah laa orang lain marah atau tidak..
tapi,bagaimana kalau orang lain buat perkara yang sama seperti itu ke atas anda?
adakah anda menyukai nya?
sudah pasti anda tidak menyukainya....
oleh sebab itu,anda mestilah tidak melakukan perkara yang seperti itu terhadap orang lain.
sebab sekiranya perbuatan tersebut membuat anda berasa marah,
tak mustahil orang lain akan berasa marah dengan perbuatan yang sebegitu sekiranya anda melakukanya...

Nilai diri kita

disebabkan perkara tersebut laa,
ana mula sedar akan pentingnya memikirkan perasaan orang lain dalam memberi nasihat...
ana mula ambil perhatian terhadap perasaan orang lain apabila mereka menerima nasihat daripada ana...
selama nie,ana selalu berkeras dengan kalian..
sebab itu,ana ingin memohon seribu kemaafan...
hina betul diri ana kerana berkeras dengan kalian...
ana sanggup menerima beribu2 cacian daripada kalian sekiranya cacian itu akan dapat membuat kalian memaafkan diri ana...

betullah firman Allah tersebut:

" Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (al-Imran:159)

sebagai akhir kalam daripada ana untuk post kali nie,
ana mahu mengajak kalian mengubah perspektif masing2,
agar pada waktu yang lain,kita tidak mengutamakan perasaan kita dalam membuat suatu keputusan,
tetapi kita mengutamakan perasaan orang lain dalam menerima keputusan daripada kita...

Wallahhua'lam....


Friday, November 5, 2010

Word of the day..

SUPERCALIFRAGILISTICEXPIALIDOCIOUS

meaning: fantastic(not comparable)

Thursday, November 4, 2010

bruno mars - Today My Life Begins...

i've been working hard so long
seems like pay has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if i'd ever heal again

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and i've learnt how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

life's to short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins
today my life begins...