Friday, October 2, 2009

Cooking Is Fun!!!!

wahh!!!!
sepanjang puasa enam nie ana x abis2 kena tolong mak masak utk berbuka.
tp,seronok2.
sebenar nyer ana bukan masak mcm2 pun,tolong potong sayur dan masak lauk2 yg mudah mcm ikan dan telur dada goreng.
mesti korang sumer pelik kan apasal laa bdak lelaki nak pergi memasak...
bagus ape bdak lelaki tau masak.
sekurang2 nyer nanti bdak perempuan x de alasan nak ckp hidup diorg lagi susah dr lelaki sbb kena belajar masak.
masak sebenar nyer seronok laa.
kalau time moody tu mmg laa bosan sbb time moody tu main game un bosan.
hahaha..
sajer mencapub utk post nie..

Hidup di Dunia adalah suatu Pembelajaran...

tu jer yg ana nak katakan.
hidup di dunia ini adlh satu pembelajaran.
kita dpt mengetahui pelbagai benda dgn kita hidup di dunia.
hargailah hidup di dunia.
kita pasti tidak akn jd golongan yg sia-sia...

wallahhua'lam....


Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya..:gambar2 raya..(lambat upload)


adik iman dgn gaya 'happening' nyer yg diajar oleh kaklong timah...


ahli facebook lebak


family besar ku yg beraneka rupa


adik iman yg cool dan adik iqmal yg nak terkencing...


gambar family ana plus saudara ana minus beberapa ahli keluarga ana..(ramai laa x de)


gambar family ana minus beberapa org ahli keluarga ana..(ramai laa yg x de)



Thursday, September 24, 2009

you are what you've done...

firman Allah:

"(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah."(An-Nisa':123)

"Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun."(An-Nisa':124)

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya."(An-Nisa':125)

"Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah (pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu."(An-Nisa':126)

dlm tafisran ibnu kathir menyatakan:(huraian sahaja,nak yg panjang punyer kenalah baca sendiri kitab nyer)

secara ringkas atau keseluruhan ayat 123 hingga 125 ingin menyatakan bahawa setiap balasan dan kesempurnaan amal serta agama seseorang itu bukan melalui angan2 sahaja tetapi melalui perbuatan dan atas niat ape perbuatan itu dilakukan.

suatu amal dan agama itu akn menjadi sempurna apabila terdapat dua aspek ini
1.ikhlas
2.iman
kedua2 aspek ini merupakan asas diterima nyer amal dan agama seseorg itu oleh Allah.tanpa keikhlasan tidak akn hadir keimanan terhadap kekuasaan dan balasan Allah serta tidak diterima amal dan agama org tersebut.Tanpa iman tidak akan hadir keikhlasan terhadap ingin beramal dan beragama kpd Allah serta tidak diterima amal dan agama org tersebut kpd Allah.

antara org2 yg tergolong dr golongan org yg masuk syurga ialah:
*org yg beramal soleh
*ikhlas
*org yg mengikuti agama(ikutan) nabi Ibrahim yg lurus.agama nabi Ibrahimyg lurus bermaksud agama yg menyembah Allah yg di bawa oleh keturunannya iaitu utusan2 Allah yg seterusnya slps nabi Ibrahim termasuklah nabi Muhammad yg membawa ajaran agama Islam.

antara golongan org yg akn diazab ialah:
*org2 yg mengerjakan kejahatan iaitu org2 yg melakuakn perkara2 makisat,mungkar,keji atau yg dilarang oleh Allah lah kalau nak diringkaskan cerita.


pd ayat 126 pula,Allah ingin memberitahu kpd sekalian manusia bahawa Allah lah Yg Maha Kuasa serta Pemilik Sekalian Alam Semesta serta apa yg ade dilangit dan bumi.Gunung yg keras lg teguh itu hacur apebila Allah menjadikan ia tempat utk menunjukkan kekuasaan-Nya kpd Nabi Musa ketika Nabi Musa meminta kpd Allah agar ditunjukkan kan kpd dirinya kekuasaan Allah itu.
namun,kita lihat pd manusia2 seperti Firaun,Abrahah dan org2 manusia yg kufur,adakah mereka percaya dan takut kpd Allah???...~

"Sedangkan gunung jikalau diketuk sekuat-kuat tenaga dengan tukul tidak akan hancur tetapi runtuh dengan hanya kekuasaan Allah ini apakan pula manusia yang jika ditumbuk sahaja bisa berdarah tetapi tidak gerun dan takut akan kekuasaan Allah."

Wallahhua'lam....

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya....

1 syawwal 1430 (pengiraan hari mengikut cara pentarikhan islam iaitu hari seterus nyer masuk slps maghrib.jd,nie dikira mlm ahad hari sabtu dan pagi ahad kesokkan hari sabtu....susah laa nak terang kan,korang phm2 laa sendiri)

eid mubarak..
hari raya aidil fitri..
hari raya puasa..
hari dapat kumpul duit????
mcm2 nama ade utk kite panggil hari nie..

tahun nie ana beraya dekat kampung belah ayah kat Lebak,daerah Temerloh,Pahang.
ana sampai kat kampung semalam nya pd hari 29 ramadhan..
mlm tu ana dan sedara mara yg lain berdiskusi (Cewah...berdiskusi s**t!!!) ttg sekolah dan lain2.
punyer laa meriah nyer diskusi kitorang.
mlm tu jugak,sedara mara yg lain punyer laa sibuk berkemas.
ader jugak saudara mara yg lain main bunga api.
ana tgk tv jer.
sepanjang di kampung,ana duduk kat rumah mak saudara ana.
mak ana pulak duduk kat rumah nenek ana.
rumah mak saudara ana berjiran dgn rumah nenek ana.
jd,ana bleh biler2 jer nak pergi rumah nenek ana.
ana selalu pergi sbb mak saudara ana yg lain ramai kat situ dan diorg sumer masak sedap2.
bukan nyer mak saudara ana yg ana menetap kat rumah die tu x pandai masak,die un pandai gak.
cuma nyer ana dpt gilir2 pergi mkn kat dua2 rumah tu (hahaha...best nyer hidup dpt mkn sedap2)
mlm tu sumer tidur x lena sbb x sabar nak sambut raye esok pagi nyer.
seperti biase,pagi2 lg ana akn bangun solat subuh.
lps solat subuh,ana dan sedara mara yg lain kena tunggu turn utk masuk toilet.
alhamdulillah,ana sempat siap mandi sumer awal.
lps mandi,ana gosok baju.
tahun nie baju raya ana jubah jer.
muler2 nak tempah baju rayer,biler pikir2 balik nanti ana bukan pakai un pd hari2 yg lain.
seperti tahun2 sblum nyer,ana mesti pergi solat raya dulu.
lps dgr khutbah,ana terus balik.
muler2,ana salam mak ayah ana dulu.
pastu..bla3......korang bayangkan laa sendiri suasana hari raya iaitu salam bersalaman.
part yg paling best,DUIT RAYA!!!!
adat dlm family ana,org yg dah kerja mesti bg duit raye pd org2 yg tgh belajar.
ade laa dua org saudara ana abg nan dan kaklong timah yg masing2 dah kerja.
sebenar nyer ade lg sorang saudara an yg dah kerja iaitu kak ngangah tp Housemanship jer laa (belajar medic,lps belajar kena jd HO dulu baru dpt jd doktor bertauliah.)tp, die x dpt gaji lg so x leh bg duit raye...kesian kat die nie sbb pagi2 raye kena pergi hospital utk kerja.
back to action,mmg kelakar abis laa time diorg bg duit raya tu.
ana dpt rm10 dr dua org saudara ana yg dah bekerja td tu,nie adlh harga utk bdak2 yg skola menengah.
pastu,dpt lg duit raye dr pakcik ana.dpt rm50.
mmg ana rase segan laa nak ambik duit raye tu sbb ana yg sebesar nie still dpt duit raye.
dah abis salam2 sumer,masa utk bergambar.
mcm2 gambar ana dan saudara2 yg lain tangkap.
ader satu tu ,ayah ngah ana laa yg suruh tangkap gambar "Ahli Facebook Lebak".
kitorang mmg berhubung dgn facebook kebanyakkan mase nyer.
hampir seluruh family besar ana belah ayah ader facebook.
kalau korang sumer bukak profile facebook ana,korang akn nampak ramai saudara mara ana yg jd friends ana.
buat laa facebook yer...
dah tangkap gambar tibalah mase utk mkn.
sebenar nyer pg sblum solat rayer dah mkn dah sbb sunnah tp mkn skit jer sbb nak bergegas solat raye.
sambil mkn buat kali kedua,ana dan saudara mara ana yg lain berborak ttg mcm2 benda.
pasal soalan2 ana kat dlm facebook laa,pasal baju raye masing2 laa,pasal pelan lps cuti laa dan pasal lain2.
tp yg penting,ia mmg best.sumer gelak ketawa ketika berborak.
pastu,mmg dlm darah daging kami saudara mara,kami akn beraya di rumah2 yg berdekatan.kami akn menghabiskan semua lauk-pauk yg ader di rumah tu.
kak dayah laa yg paling bersemangat makan.hehe...
ana pulak diet sbb ana x nak jd kan hari raya sbg "HARI MEMBALAS DENDAM"
hahaha!!!!! gendang gendut tali kecapi,kenyang perut senang hati...
2 rumah kitorang sumer pergi.kenyang giler perut.
petang tu kitorang x pergi ke mana un.boring2..
pagi tu ingat nyer nak pergi rumah saudara mara yg lain yg sentiasa menjadi buruan 'perut' kami,tetapi x dpt.tu yg petang nyer boring giler.
mlm nyer tu,saudara ana si azizi dan aiman bakar mercun.
diorg ajak ana tp ana x nak main.bkn takut putus jari tp takutkan Allah.kalo korang nak tau sbb aper,pergi belajar bab kemungkaran dan kalo nak cpt tanyer jer tuan badan.
pastu,ana and saudara mara lain tidur awal sbb citer tv mlm tu boring.....
sekian sahaja sehari berhari rayer bersama kami sekeluarga....

Friday, September 18, 2009

Ramadhan:Bulan Kegembiraan....

nie mungkin post terakhir ana utk siri post ana yg bertajuk "Ramadhan"
ana bleh bayangkan yg sekarang nie mesti Ramadhan tgh salam2 dgn kite sumer dan melambai2 kpd kite serta berkata kpd Syawal utk jg kite.

sedih rase nyer nak berpisah dgn Ramadhan.

sbb ape?
sbb bulan nie ana dpt beribadat byk2.
bulan nie jugak ana kerap dtg ke surau.
ana nak buat pengakuan yg selama nie ana bkn slalu pergi surau.
pergi surau hari minggu jer.
kalau hari skola tu skali sekala jer pergi.
disbbkan ana dpt pergi surau kerap,ana pun dpt jumper kwn2 ana.
kalau dulu ana dgn diorg mcm org x pernah knl jer.
tp,bulan Ramadhan nie ana jd rapat giler dgn diorg.
mkn moreh diorg akn ajak ana.
nak balik un diorg cari ana utk salam.
selama ni ana yg ajak diorg,cari diorg nak salam sbb nak balik.
sekarang,diorg dan ana sama2 buat benda yg sama.
kat skola lak,
kalau bulan lain ana selalu bergaduh dgn dak2 lain.
kalau saper duduk dekat depan atau belakang tempat duduk ana,mesti diorg tau.,
ana selalu gaduh dgn ikram dan hadif.
tp,bulan Ramadhan nie,ana kurang gaduh dgn diorg.
malahan bertambah baik adlh.
kalo dulu gaduh memanjang,sekarang siap buat oral test sama2 lg(dgn ikarm).

byl lg sebenar nyer kegembiraan yg ana dpt bulan Ramadhan nie.
mungkin nie lah dipanggil "kemanisan iman"
inilah yg dikatakan bulan penuh kerahmatan.
every benda yg kite buat mesti dpt kebahagiaan.

jd,marilah kiter berazam utk menjumpai sahabat karib kite iaitu bulan Ramadhan lg.
bulan nie kalau nak diceritakan fadhilat nyer mmg x dpt nak citer sumer.
cubalah anda sumer pikir,
apa yg best yg aku dpt bulan nie haa????
mesti anda akn dpt jumper jawapan yg pasti menggembirakan.

Thursday, September 17, 2009

Majlis Khatam Quran..

27 ramadhan 1430 (pagi nyer tu 26 ramadhan tp dlm islam kiter kira hari seterusnya slps masuk waktu maghrib)

kat skola ana ada buat majlis khatam al-quran.
ana x nak citer ttg hal tu sbb sepanjang2 majlis tu ana melakukan ibadah umum iaitu 'tidur'..

ana nak citer majlis khatam al-quran di surau taman rumah ana.
mlm tu sprt biase,lps bukak puasa ana akn tgk tv sementara nak hilangkan rasa kenyang berbuka.
lps tu,ana solat maghrib then golek2 kejap atas katil pastu baru mandi.
ana mandi punyer laa lame sbb ana tgh 'buat konsert besar-besaran' sempena hari raye (CENG!!!ana waktu tu tgh buat 'submarine' laa sbb ana time tu sakit perut).
lps dah siap buat 'submarine dan lancarkan ia ke lautan luas,ana cpt2 siap mandi dan pakai baju cpt2 sebab nak pergi terawih.
solat2....(sumer solat laa,terawih dan lain2.nak ringkaskan cerita)
lps abis solat witir,ana kena masuk ruangan solat cpt2 sbb ana terlibat dgn majlis khatam al-quran.
bapak segan time tu sbb majoriti yg ikut majlis tu ialah bdak2 yg berumur bwh dari 11 tahun.
ana rase mcm jd bdak2 kecik balek.
segan ana berubah jd x segan apabila imam solat terawih dan witir iaitu kawan ana sendiri (Cewah!!!kwn dgn imam,die nie al-hafiz,umur daru 16 tahun).
asal nyer nama die x de dlm senarai,tp pengerusi majlis tu masuk kan jer nama die.
sorang2 bacer surah yg tlh ditetapkan.
ana bace surah at-takathur.
dah abis majlis,ada penyampaian sumbangan kpd org miskin dan mu'alaf seta cenderamata kpd yg terlibat dgn khatam al-quran td.
seperti tahun2 yg lain,ana dan bdak2 yg mmg join tadarrus btul2 (bkn waktu majlis khatam yg hari tu jer baru masuk tadarrus) dpt kain pelekat.
kwn ana yg imam tu dpt kain pelekat gak plus duit raye sbg tanda terima kasih sbb jd imam.
yg x bleh blah nyer die ni sempat lg nak show off (dlm keadaan gurauan) dgn ana time moreh.
die siap ckp "nama ana biar nampak jelas2 kat bungkusan kain pelekat tu.eh,knp nama ana terselindung tu?".
ana ketawa jerlah..
dah abis moreh,ana un kena laa bertugas sbb minggu nie jln rumah ana yg kena bertugas.
ana buat ala kadar jer pastu cabut senyap2 (terpaksalah,satu lg sbb krn pak cik2 yg lain sukarela nak cuci pinggan)
sbnr nyer,kalau ana cabut un bagus gak,biar org2 lain yg kemas sbb nyer biler bulan2 yg lain ana yg terpaksa cuci pinggan dan kemas kan ruangan mkn.
lps sampai rumah,ana salin baju pastu siap kan kerja kayu time tu jugak memandangkan esok nyer nak dihantar.
ana buat kerja kayu sampai kul 1.30 pagi.
sumer kenderaan yg lalu dpn rumah ana pandang lain mcm jer sbb tgh2 mlm ade pulak bdak yg pegang cat spray sambil tgn nyer dibalut dgn plastik.
ana buat x kisah.
pas dah siap, ana tidur dgn lena nya.....huah4...

Ramadhan:Keputusan yang Tiada Gambaran....

pejam...... terbeliak..... pejam...... terbeliak,dah nak raya.
ramadhan pun dah sampai pd penghujung nyer.
perasaan ana bercambur baur sekarang nie,
gembira dan sedih.
gembira sbb nak raye dan dpt sempurnakan puasa sebulan,
sedih sbb nak berpisah dgn ramadhan.
nak buat mcm maner,hidup mesti diteruskan walau mcm mana pun.

di samping ramai manusia yg sibuk menyiapkan pelbagai perkara utk sambut raye,
masih terdpt satu golongan manusia yg masih mengejar ramadhan.
x pernah berhenti mengaji walaupun dan diadakan majlis khatam.
x pernah tinggal solat terawih,tatkala org ramai dah muler sibuk buat kuih raye dan mcm2 lg.

namun,adlh lebih membahagiakn apabila terdpt golongan manusia yg setelah berlalu ramadhan nanti,mereka akn terus beribadah sama seperti die beribadah pd bulan ramadhan.
mereka akn tetap dtg ke surau2 dan masjid2 utk solat berjemaah.
mereka ttp mengaji al-quran seperti di bulan ramadhan.
mereka ttp qiamulail sprti mereka blum lg menjumpai lailatul qadar....

nikmat dan rahmat ramadhan ke atas seseorg itu x dpt nak digambarkan atau dilihat melalui kertas slip keputusan atau keputusan sms di kaca tv.
ia juga x dpt dilihat melalui ultra scanning seperti seorg doktor melihat kandungan seorg ibu.
dan ia juga x dpt dilihat dan diketahui sprt seorg pelombong mengimbas tanah utk mencari timah dan emas.

ia dpt dilihat dan digambarkan serta diketahui melalui.....

AMALAN YANG SESEORG ITU LAKUKAN DAN SIKAPNYA SESUDAH BERLALUNYA RAMADHAN,
adakah sama seperti di bulan Ramadhan atau sama sperti bulan2 lain malahan lebih kurang.

tepuk dada tanyer iman...
adakah kita memperolehi keputusan yg baik atau tidak...

Wallahhu'alam..