Friday, March 12, 2010

Rezeki Burung

"seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar2 tawakal,nescaya kamu akan mendapat rezeki seperti burung,mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang dengan perut yang penuh dan kenyang.."..(hadis riwayat At-Tirmidzi)

ape yg dimaksudkan dgn burung tersebut??
adakah bermaksud kita tak perlu belajar tinggi2 dan jadi burung??
atau adakah perlu kita kaji burung untuk jadi burung??

jawapannya mudah saja,

apakah perbuatan makhluk2 Allah selain manusia dan jin pada setiap waktu?
semestinya bertasbih kepada Allah.
Ia juga bermaksud mereka bertawakal kepada Allah.

Huraian:

Rasulullah menyamakan sebenar2 tawakal dengan burung kerana,
kita lihat tabiat burung,setiap hari burung akan cari makan.
burung akan tinggalkan sarangnya dan terbang jauh mencari makanan.
namun,sebelum mereka mulakan perjalanan,semestinya mereka telah bertawakal kepada Allah.
Itulah perbuatan mereka setiap hari.
bertawakal dan bertasbih kepada Allah.

oleh itu,
adalah menjadi satu kesalahan jikalau kita mengatakan bahawa setiap rezeki telah ditentukan dan tak perlu susah2 cari.
mungkin mereka menyangka bahawa Allah akan menurunkan rezeki dari langit tepat kepada mereka.
Kepada mereka2 yang seperti ini,ingatlah bahawa:

BURUNG YANG KERJANYA BERTASBIH DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SEPANJANG MASA TETAP BERUSAHA MENCARI REZEKI.BURUNG TIDAK PERNAH DUDUK DI SARANGNYA SEPANJANG HAYAT.

disebabkan itulah,tawakal yang sebenar bermaksud
kita bertawakal kepada Allah di samping kita berusaha mencari apa yang kita hajati.
dan,jikalau kita melakukan sedemikian,
nescaya kita akan mendapat rezeki sama seperti burung yang mendapat pulangan yang lumayan setelah penat mencari rezeki...

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'd:11)

Wallahhu'alam..

Friday, March 5, 2010

Fobia...

pada suatu mlm yg ana x ingat bile,
ana pergi ke surau utk menunaikan solat isya'.
setelah selesai solat,ana bergerak pulang ke rumah.
sedang dlm perjalanan ana pulang,
ana terserempak dgn seekor anjing di sebuah lorong yg gelap.
ana terkejut dan terus lari dgn laju.
laju hinggakan kalau ana masuk acara 200 meter mesti menang punyer.
sampai separuh jln,ana berhenti.
bkn sbb penat,tp nak cover.
takut nanti org pelik apsal ana lari2.
(alamak,kantoi plak dlm blog nie yg ana lari drpd anjing)..

lps ana lari,ana ikut jln lain nak balik rumah.
dah laa jauh jln tu.
tp disbbkan jln tu kurang anjing berkeliaran,ana paksa diri.

itulah hakikat nyer.
ana nie fobia dgn anjing.
semua nie terjadi sejak hari di mana ana dikejar anjing sehingga terjatuh basikal.
slps dari hari tu,ana mmg cuak bile tgk anjing.
lg2 laa bile anjing tu dekat giler dgn ana.
diorg mcm tau2 jer ana nie fobia anjing.
asal nampak ana mesti nak kejar.
dah berapa kali ntah ana kena kejar anjing semenjak dua menjak nie.
mcm ade siaran radio anjing plak yg inform semua anjing yg ana nie dah pernah takut dgn anjing.

seriuously,
ana mmg cuak bile terserempak dgn anjing.
ana citer kat mak ana.
mak ana ckp semua org takut anjing.
ana ckp laa yg ana nie mmg cuak dgn anjing.
mak ana ulang balik bahawa semua org takut anjing.

itulah motif ana post kan nie.
adakah ketakutan ana terhadap anjing adalah perkara biasa yg berlaku atau
ana nie seorang penakut......

p/s: ana cuak bile sorang2 terserempak dgn anjing and bile waktu mlm.waktu siang atau time jln ramai2 ana x de laa cuak sgt.

Friday, February 26, 2010

Syurga...

apabila dunia lebih dicintai,
akn tertutuplah cahaya syurga.
apabila syurga mula dicari.
akan terbitlah dunia dan syurga bersama.

syurga bagaikan mimpi.
boleh jadi kenyataan dan juga khayalan.
terserah kepada si pemilik mimpi.
untuk merealisaikannya atau terus berangan-angan.

dunia indah di mata dekat di hati.
syurga jauh di mata sukar dicari.
dunia jikalau mati tidak kembali.
syurga sekali dimasuki selamanya berseri.

hassan al-banna....

kenal x saper lelaki nie??
kalo x kenal,meh sini koi habaq mai..

hassan al-banna adlah seorg tokoh islam yg terkemuka..
berasal dr mesir
die nie laa yg mengasaskan "ikhwanul muslimin"
die mati syahid akibat dibunuh.
walaupun die sudah lama meninggal,
namanya masih sohor dan diingati oleh org ramai krn pemikirannya ttg islam...

semenjak dua menjak nie,
ana study buku ttg pemikirannya dlm agenda pembentukan bangsa.
menarik buku tersebut.
lg best kalau ana dpt pergi konvokesyen yg tlh diadakan di shah alam yg lalu.

antara kandungan buku yg ana bace tersebut,
ada diterangkan ttg 'KEMASUKAN IDEOLOGI BARAT'
ideologi yg dipanggil "HUMANISME"

HUMANISME
meliputi seluruh ideologi2 yg menolak kewujudan tuhan dan menggagungkan keperluan terhadap dunia.
contoh nyer sprt komunisme,kapitalisme,materialisme,sosialisme,sekularisme dan isme2 yg lain.
humanisme juga hanya mementingkan keperluan makanan,tempat tinggal dan seks
di mana keperluan rohani tidak diperlukan langsung dlm kehidupan.

hassan al-banna tlh melawan kemasukan ideologi2 nie dgn mewujudkan satu pandangan yg baru iaitu..
"ISLAM CARA HIDUP YANG SYUMMUL"

ISLAM CARA HIDUP TANG SYUMMUL
ia terdapat di dlm karangan buku nyer
ia menyatakan bahawa islam itu sempurna dr segi cara hidup termasuk laa perniagaan,perundangan,pernikahan,peperangan,sains dan sbg nyer.
pandangan ini juga atau ana lebih suke gelar ideologi ini juga tlh diterapkan secara kukuh ke dlm hati setiap ahli Ikhwanul muslimin.
hinggakan ideologi ini diterima oleh masyarakat islam.

hassan al-banna bkn shj berjuang melalui ruang pemikiran tetapi melalui peperangan.
adakah korang sumer tahu bahawa bumi tel aviv hampir berjaya ditakluk oleh ikhwanul muslimin???
namun usaha mereka tlh digagalkan oleh kerajaan mesir sendiri.
kesemua org2 kuat ikhwanul muslimin dibunuh malahan ideologi mereka juga cube dihapuskan.

kesimpulan nyer,
jgn laa kite sia2kan perjuangan hassan al-banna..
ana akn sambung perbicaran ttg pemikiran hassan al-banna pd waktu yg diizinkan Allah..

Wallahhu'alam..

Wednesday, February 17, 2010

badminton week!!!!

ha3
spnjang cuti nie ana asyik main badminton jer
bkn main sebarang main,
siap main kat stadium lagi.
seronok gak main badminton.
hampir dikatekan setiap hari time cuti CNY nie ana main badminton.
ana main dgn kedua2 abg.ana.
yelah,lps nie diorg kena balik OZ.
biarlah saat2 akhir nie ana dpt habis kan masa lapang dgn diorg.
sbb lps nie karang,ana akn kesunyian balik.
hmmm....
nasib badan...

tu jerlaa yg ana nak citer.
x de mood nak tulis byk2.
ana cuma nak ckp yg...

hargailah masa yg korang semua luangkan bersama org2 yg dekat dgn korang.
mane tahu lps nie korang x bleh jumpe diorg lg.
ingat,masa itu bagaikan nyawa.
amat bernilai.........seriously,"AMAT BERNILAI SEKALI"(ambik perhatian ttg ayat nie)

wallahhua'lam...

Saturday, February 13, 2010

Sapaan Allah.....

korang igt lg x citer 'Ayat2 Cinta'
bukan versi yg ana buat.
dah berkubur dah idea nak tulis sambungan nyer.
nie yg versi betul punyer.
yg 'betul punyer'

ade satu scene di mana fahri kena penjara.
pastu ade soprang lelaki gile tu kan.
kan ade satu scene yg time fahri marah2 sbb die kena buang dari Al-Azhar.
pastu lelaki gile tu suruh fahri bersabar
die un ade ckp "....Allah sedang berbicara dengan kamu..."

tu yg ana nak highlight.
peristiwa yg menimpa fahri itu merupakan sapaan Allah.
atau dgn kata lain "Ujian Allah"....

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."(Surah al-Baqarah 155-157).

itulah ape yg merupakan antara ujian2 Allah.
Allah akn memberi balasan yg baik kpd org yg bersabar.

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).

ade disebut dlm kitab tafsir ibn Kathier.
menjelaskan ttg ayat surah An-Nisa:123-126

ana ade tulis satu post ttg ia.
"you are what you've done"

ana nak ckp psl balasan org yg berbuat kejahatan.
dlm kitab ibnu kathier,menceritakan bagaimana keadaan sahabat apabila mendengar ayat nie.
mereka menangis krn mereka mengatakan ayat nie sungguh berat.
sbb setiap perbuatan jahat diorg sewktu jahiliyyah.

antara sahabat yg turut menangis ialah abu bakar.
abu bakar pun tanyer laa rasulullah ttg ayat nie.
rasulullah tanyer abu bakar balik.
adakah abu bakar pernah sakit?
lalu,abu bakar jwb ye..
lalu rasulullah pun berilah sabda yg mengatakan bahawa setiap kesakitan yg tlh menimpa abu bakar sbnr nyer merupakan pengampunan Allah terhadap abu bakar.

dari kedua ayat2 nie,dpt kite rumuskan bahawa
KESUSAHAN DAN KEPEDIHAN HIDUP MERUPAKAN UJIAN DARIPADA ALLAH.
OLEH ITU BERSABARLAH MENGHADAPI "SAPAAN ALLAH "ITU.

mcm puan ezana ckp
"Allah masih rindukan doa dan tangisan saya,sbb tu Dia bg saya byk ujian"

Waallahhua'lam.....

Hari Birthday ......

13.2.2010
happy birthday to me!!!
ha3,hari yg aku nanti2kan
tlh pun dtg.
tu jer nak post.
kalo panjang2 nanti org panggil mencapub....

Thank you Allah for giving me chance to live until now......

“....Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24).

p/s:Besar makna ayat nie,hayatinye betul2....

Wallahhua'alam....