Tuesday, June 8, 2010

I'tiraf.....

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

tekad mencari ilmu...

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun"."(Al-kahfi:60)

ILMU

suatu perkara yang pasti dicintai oleh seseorang yang bergelar mu'min...
kerana ia merupakan cara untuk mendekatkan diri pada yang Maha Esa...

namun,apa kaitan dengan ayat tersebut???

TEKADNYA NABI MUSA

Allah telah menceritakan kisah Nabi Musa dalam mencari Nabi Khidir....
kisah sepenuhnya dapat dilihat di dalam Al-Furqan,surah Al-Kahfi,ayat 60 hingga ayat 82...

kali ini,
ana hanya nak bicarakan tentang kesungguhan dalam menuntut ilmu...
kita lihat bagaimana Nabi Musa bersungguh dalam mencari ilmu daripada Nabi Khidir...
sehingga baginda sanggup berkata bahawa baginda tidak akan berhenti mencari pertemuan dua laut tersebut,....
dan,sekiranya baginda tak bertemu pertemuan dua laut yang telah Allah wahyukan tersebut,baginda akan terus mencari sehingga bertahun-tahun...

itulah hakikat ilmu yang sejati..
tidak akan pernah habis dicari..
walaupun hingga kita mati.....

kita sepatutnya mengambil iktibar daripada ayat tersebut....

kerana Allah telah menjadikan Al-Quran ini sebagai kitab rujukan dan peringatan:

"Al Qur'an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam,(yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus."(at-takwir:27-28)

"Telah aku tinggalkan kepada kamu dua benda'kamu tidak akan sesat selagi kamu memegang kedua-duanya;iaitu Al-Quran dan sunnahku"(Hadis riwayat Bukhari)

Wallahhua'lam....