Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya..:gambar2 raya..(lambat upload)


adik iman dgn gaya 'happening' nyer yg diajar oleh kaklong timah...


ahli facebook lebak


family besar ku yg beraneka rupa


adik iman yg cool dan adik iqmal yg nak terkencing...


gambar family ana plus saudara ana minus beberapa ahli keluarga ana..(ramai laa x de)


gambar family ana minus beberapa org ahli keluarga ana..(ramai laa yg x de)



Thursday, September 24, 2009

you are what you've done...

firman Allah:

"(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah."(An-Nisa':123)

"Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun."(An-Nisa':124)

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya."(An-Nisa':125)

"Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah (pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu."(An-Nisa':126)

dlm tafisran ibnu kathir menyatakan:(huraian sahaja,nak yg panjang punyer kenalah baca sendiri kitab nyer)

secara ringkas atau keseluruhan ayat 123 hingga 125 ingin menyatakan bahawa setiap balasan dan kesempurnaan amal serta agama seseorang itu bukan melalui angan2 sahaja tetapi melalui perbuatan dan atas niat ape perbuatan itu dilakukan.

suatu amal dan agama itu akn menjadi sempurna apabila terdapat dua aspek ini
1.ikhlas
2.iman
kedua2 aspek ini merupakan asas diterima nyer amal dan agama seseorg itu oleh Allah.tanpa keikhlasan tidak akn hadir keimanan terhadap kekuasaan dan balasan Allah serta tidak diterima amal dan agama org tersebut.Tanpa iman tidak akan hadir keikhlasan terhadap ingin beramal dan beragama kpd Allah serta tidak diterima amal dan agama org tersebut kpd Allah.

antara org2 yg tergolong dr golongan org yg masuk syurga ialah:
*org yg beramal soleh
*ikhlas
*org yg mengikuti agama(ikutan) nabi Ibrahim yg lurus.agama nabi Ibrahimyg lurus bermaksud agama yg menyembah Allah yg di bawa oleh keturunannya iaitu utusan2 Allah yg seterusnya slps nabi Ibrahim termasuklah nabi Muhammad yg membawa ajaran agama Islam.

antara golongan org yg akn diazab ialah:
*org2 yg mengerjakan kejahatan iaitu org2 yg melakuakn perkara2 makisat,mungkar,keji atau yg dilarang oleh Allah lah kalau nak diringkaskan cerita.


pd ayat 126 pula,Allah ingin memberitahu kpd sekalian manusia bahawa Allah lah Yg Maha Kuasa serta Pemilik Sekalian Alam Semesta serta apa yg ade dilangit dan bumi.Gunung yg keras lg teguh itu hacur apebila Allah menjadikan ia tempat utk menunjukkan kekuasaan-Nya kpd Nabi Musa ketika Nabi Musa meminta kpd Allah agar ditunjukkan kan kpd dirinya kekuasaan Allah itu.
namun,kita lihat pd manusia2 seperti Firaun,Abrahah dan org2 manusia yg kufur,adakah mereka percaya dan takut kpd Allah???...~

"Sedangkan gunung jikalau diketuk sekuat-kuat tenaga dengan tukul tidak akan hancur tetapi runtuh dengan hanya kekuasaan Allah ini apakan pula manusia yang jika ditumbuk sahaja bisa berdarah tetapi tidak gerun dan takut akan kekuasaan Allah."

Wallahhua'lam....

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya....

1 syawwal 1430 (pengiraan hari mengikut cara pentarikhan islam iaitu hari seterus nyer masuk slps maghrib.jd,nie dikira mlm ahad hari sabtu dan pagi ahad kesokkan hari sabtu....susah laa nak terang kan,korang phm2 laa sendiri)

eid mubarak..
hari raya aidil fitri..
hari raya puasa..
hari dapat kumpul duit????
mcm2 nama ade utk kite panggil hari nie..

tahun nie ana beraya dekat kampung belah ayah kat Lebak,daerah Temerloh,Pahang.
ana sampai kat kampung semalam nya pd hari 29 ramadhan..
mlm tu ana dan sedara mara yg lain berdiskusi (Cewah...berdiskusi s**t!!!) ttg sekolah dan lain2.
punyer laa meriah nyer diskusi kitorang.
mlm tu jugak,sedara mara yg lain punyer laa sibuk berkemas.
ader jugak saudara mara yg lain main bunga api.
ana tgk tv jer.
sepanjang di kampung,ana duduk kat rumah mak saudara ana.
mak ana pulak duduk kat rumah nenek ana.
rumah mak saudara ana berjiran dgn rumah nenek ana.
jd,ana bleh biler2 jer nak pergi rumah nenek ana.
ana selalu pergi sbb mak saudara ana yg lain ramai kat situ dan diorg sumer masak sedap2.
bukan nyer mak saudara ana yg ana menetap kat rumah die tu x pandai masak,die un pandai gak.
cuma nyer ana dpt gilir2 pergi mkn kat dua2 rumah tu (hahaha...best nyer hidup dpt mkn sedap2)
mlm tu sumer tidur x lena sbb x sabar nak sambut raye esok pagi nyer.
seperti biase,pagi2 lg ana akn bangun solat subuh.
lps solat subuh,ana dan sedara mara yg lain kena tunggu turn utk masuk toilet.
alhamdulillah,ana sempat siap mandi sumer awal.
lps mandi,ana gosok baju.
tahun nie baju raya ana jubah jer.
muler2 nak tempah baju rayer,biler pikir2 balik nanti ana bukan pakai un pd hari2 yg lain.
seperti tahun2 sblum nyer,ana mesti pergi solat raya dulu.
lps dgr khutbah,ana terus balik.
muler2,ana salam mak ayah ana dulu.
pastu..bla3......korang bayangkan laa sendiri suasana hari raya iaitu salam bersalaman.
part yg paling best,DUIT RAYA!!!!
adat dlm family ana,org yg dah kerja mesti bg duit raye pd org2 yg tgh belajar.
ade laa dua org saudara ana abg nan dan kaklong timah yg masing2 dah kerja.
sebenar nyer ade lg sorang saudara an yg dah kerja iaitu kak ngangah tp Housemanship jer laa (belajar medic,lps belajar kena jd HO dulu baru dpt jd doktor bertauliah.)tp, die x dpt gaji lg so x leh bg duit raye...kesian kat die nie sbb pagi2 raye kena pergi hospital utk kerja.
back to action,mmg kelakar abis laa time diorg bg duit raya tu.
ana dpt rm10 dr dua org saudara ana yg dah bekerja td tu,nie adlh harga utk bdak2 yg skola menengah.
pastu,dpt lg duit raye dr pakcik ana.dpt rm50.
mmg ana rase segan laa nak ambik duit raye tu sbb ana yg sebesar nie still dpt duit raye.
dah abis salam2 sumer,masa utk bergambar.
mcm2 gambar ana dan saudara2 yg lain tangkap.
ader satu tu ,ayah ngah ana laa yg suruh tangkap gambar "Ahli Facebook Lebak".
kitorang mmg berhubung dgn facebook kebanyakkan mase nyer.
hampir seluruh family besar ana belah ayah ader facebook.
kalau korang sumer bukak profile facebook ana,korang akn nampak ramai saudara mara ana yg jd friends ana.
buat laa facebook yer...
dah tangkap gambar tibalah mase utk mkn.
sebenar nyer pg sblum solat rayer dah mkn dah sbb sunnah tp mkn skit jer sbb nak bergegas solat raye.
sambil mkn buat kali kedua,ana dan saudara mara ana yg lain berborak ttg mcm2 benda.
pasal soalan2 ana kat dlm facebook laa,pasal baju raye masing2 laa,pasal pelan lps cuti laa dan pasal lain2.
tp yg penting,ia mmg best.sumer gelak ketawa ketika berborak.
pastu,mmg dlm darah daging kami saudara mara,kami akn beraya di rumah2 yg berdekatan.kami akn menghabiskan semua lauk-pauk yg ader di rumah tu.
kak dayah laa yg paling bersemangat makan.hehe...
ana pulak diet sbb ana x nak jd kan hari raya sbg "HARI MEMBALAS DENDAM"
hahaha!!!!! gendang gendut tali kecapi,kenyang perut senang hati...
2 rumah kitorang sumer pergi.kenyang giler perut.
petang tu kitorang x pergi ke mana un.boring2..
pagi tu ingat nyer nak pergi rumah saudara mara yg lain yg sentiasa menjadi buruan 'perut' kami,tetapi x dpt.tu yg petang nyer boring giler.
mlm nyer tu,saudara ana si azizi dan aiman bakar mercun.
diorg ajak ana tp ana x nak main.bkn takut putus jari tp takutkan Allah.kalo korang nak tau sbb aper,pergi belajar bab kemungkaran dan kalo nak cpt tanyer jer tuan badan.
pastu,ana and saudara mara lain tidur awal sbb citer tv mlm tu boring.....
sekian sahaja sehari berhari rayer bersama kami sekeluarga....

Friday, September 18, 2009

Ramadhan:Bulan Kegembiraan....

nie mungkin post terakhir ana utk siri post ana yg bertajuk "Ramadhan"
ana bleh bayangkan yg sekarang nie mesti Ramadhan tgh salam2 dgn kite sumer dan melambai2 kpd kite serta berkata kpd Syawal utk jg kite.

sedih rase nyer nak berpisah dgn Ramadhan.

sbb ape?
sbb bulan nie ana dpt beribadat byk2.
bulan nie jugak ana kerap dtg ke surau.
ana nak buat pengakuan yg selama nie ana bkn slalu pergi surau.
pergi surau hari minggu jer.
kalau hari skola tu skali sekala jer pergi.
disbbkan ana dpt pergi surau kerap,ana pun dpt jumper kwn2 ana.
kalau dulu ana dgn diorg mcm org x pernah knl jer.
tp,bulan Ramadhan nie ana jd rapat giler dgn diorg.
mkn moreh diorg akn ajak ana.
nak balik un diorg cari ana utk salam.
selama ni ana yg ajak diorg,cari diorg nak salam sbb nak balik.
sekarang,diorg dan ana sama2 buat benda yg sama.
kat skola lak,
kalau bulan lain ana selalu bergaduh dgn dak2 lain.
kalau saper duduk dekat depan atau belakang tempat duduk ana,mesti diorg tau.,
ana selalu gaduh dgn ikram dan hadif.
tp,bulan Ramadhan nie,ana kurang gaduh dgn diorg.
malahan bertambah baik adlh.
kalo dulu gaduh memanjang,sekarang siap buat oral test sama2 lg(dgn ikarm).

byl lg sebenar nyer kegembiraan yg ana dpt bulan Ramadhan nie.
mungkin nie lah dipanggil "kemanisan iman"
inilah yg dikatakan bulan penuh kerahmatan.
every benda yg kite buat mesti dpt kebahagiaan.

jd,marilah kiter berazam utk menjumpai sahabat karib kite iaitu bulan Ramadhan lg.
bulan nie kalau nak diceritakan fadhilat nyer mmg x dpt nak citer sumer.
cubalah anda sumer pikir,
apa yg best yg aku dpt bulan nie haa????
mesti anda akn dpt jumper jawapan yg pasti menggembirakan.

Thursday, September 17, 2009

Majlis Khatam Quran..

27 ramadhan 1430 (pagi nyer tu 26 ramadhan tp dlm islam kiter kira hari seterusnya slps masuk waktu maghrib)

kat skola ana ada buat majlis khatam al-quran.
ana x nak citer ttg hal tu sbb sepanjang2 majlis tu ana melakukan ibadah umum iaitu 'tidur'..

ana nak citer majlis khatam al-quran di surau taman rumah ana.
mlm tu sprt biase,lps bukak puasa ana akn tgk tv sementara nak hilangkan rasa kenyang berbuka.
lps tu,ana solat maghrib then golek2 kejap atas katil pastu baru mandi.
ana mandi punyer laa lame sbb ana tgh 'buat konsert besar-besaran' sempena hari raye (CENG!!!ana waktu tu tgh buat 'submarine' laa sbb ana time tu sakit perut).
lps dah siap buat 'submarine dan lancarkan ia ke lautan luas,ana cpt2 siap mandi dan pakai baju cpt2 sebab nak pergi terawih.
solat2....(sumer solat laa,terawih dan lain2.nak ringkaskan cerita)
lps abis solat witir,ana kena masuk ruangan solat cpt2 sbb ana terlibat dgn majlis khatam al-quran.
bapak segan time tu sbb majoriti yg ikut majlis tu ialah bdak2 yg berumur bwh dari 11 tahun.
ana rase mcm jd bdak2 kecik balek.
segan ana berubah jd x segan apabila imam solat terawih dan witir iaitu kawan ana sendiri (Cewah!!!kwn dgn imam,die nie al-hafiz,umur daru 16 tahun).
asal nyer nama die x de dlm senarai,tp pengerusi majlis tu masuk kan jer nama die.
sorang2 bacer surah yg tlh ditetapkan.
ana bace surah at-takathur.
dah abis majlis,ada penyampaian sumbangan kpd org miskin dan mu'alaf seta cenderamata kpd yg terlibat dgn khatam al-quran td.
seperti tahun2 yg lain,ana dan bdak2 yg mmg join tadarrus btul2 (bkn waktu majlis khatam yg hari tu jer baru masuk tadarrus) dpt kain pelekat.
kwn ana yg imam tu dpt kain pelekat gak plus duit raye sbg tanda terima kasih sbb jd imam.
yg x bleh blah nyer die ni sempat lg nak show off (dlm keadaan gurauan) dgn ana time moreh.
die siap ckp "nama ana biar nampak jelas2 kat bungkusan kain pelekat tu.eh,knp nama ana terselindung tu?".
ana ketawa jerlah..
dah abis moreh,ana un kena laa bertugas sbb minggu nie jln rumah ana yg kena bertugas.
ana buat ala kadar jer pastu cabut senyap2 (terpaksalah,satu lg sbb krn pak cik2 yg lain sukarela nak cuci pinggan)
sbnr nyer,kalau ana cabut un bagus gak,biar org2 lain yg kemas sbb nyer biler bulan2 yg lain ana yg terpaksa cuci pinggan dan kemas kan ruangan mkn.
lps sampai rumah,ana salin baju pastu siap kan kerja kayu time tu jugak memandangkan esok nyer nak dihantar.
ana buat kerja kayu sampai kul 1.30 pagi.
sumer kenderaan yg lalu dpn rumah ana pandang lain mcm jer sbb tgh2 mlm ade pulak bdak yg pegang cat spray sambil tgn nyer dibalut dgn plastik.
ana buat x kisah.
pas dah siap, ana tidur dgn lena nya.....huah4...

Ramadhan:Keputusan yang Tiada Gambaran....

pejam...... terbeliak..... pejam...... terbeliak,dah nak raya.
ramadhan pun dah sampai pd penghujung nyer.
perasaan ana bercambur baur sekarang nie,
gembira dan sedih.
gembira sbb nak raye dan dpt sempurnakan puasa sebulan,
sedih sbb nak berpisah dgn ramadhan.
nak buat mcm maner,hidup mesti diteruskan walau mcm mana pun.

di samping ramai manusia yg sibuk menyiapkan pelbagai perkara utk sambut raye,
masih terdpt satu golongan manusia yg masih mengejar ramadhan.
x pernah berhenti mengaji walaupun dan diadakan majlis khatam.
x pernah tinggal solat terawih,tatkala org ramai dah muler sibuk buat kuih raye dan mcm2 lg.

namun,adlh lebih membahagiakn apabila terdpt golongan manusia yg setelah berlalu ramadhan nanti,mereka akn terus beribadah sama seperti die beribadah pd bulan ramadhan.
mereka akn tetap dtg ke surau2 dan masjid2 utk solat berjemaah.
mereka ttp mengaji al-quran seperti di bulan ramadhan.
mereka ttp qiamulail sprti mereka blum lg menjumpai lailatul qadar....

nikmat dan rahmat ramadhan ke atas seseorg itu x dpt nak digambarkan atau dilihat melalui kertas slip keputusan atau keputusan sms di kaca tv.
ia juga x dpt dilihat melalui ultra scanning seperti seorg doktor melihat kandungan seorg ibu.
dan ia juga x dpt dilihat dan diketahui sprt seorg pelombong mengimbas tanah utk mencari timah dan emas.

ia dpt dilihat dan digambarkan serta diketahui melalui.....

AMALAN YANG SESEORG ITU LAKUKAN DAN SIKAPNYA SESUDAH BERLALUNYA RAMADHAN,
adakah sama seperti di bulan Ramadhan atau sama sperti bulan2 lain malahan lebih kurang.

tepuk dada tanyer iman...
adakah kita memperolehi keputusan yg baik atau tidak...

Wallahhu'alam..

Friday, September 11, 2009

Ramadhan:Bulan mencari Nilai Kehidupan

ana dah sering kali menfokuskan tajuk ana yg berkaitan dgn matlamat.
dan rase nyer dah naik lenguh jari2 ana tulis post pasal matlamat.
tp sayang,sorang pun x faham akan post ana tu.
ana tak salah kan diorg,sbb slalu nyer post ana yg berkaitan dgn matlamat tu ana tulis dlm bentuk puisi.

hari nie,
ana nak main soal.
Apakah pokok yg anda suke tengok?
kalau anda suke tengok pokok tu,anda tahu tak mcm maner nak tanam pokok tu?
kalau dah tahu mcm maner nak tanam,anda rase anda boleh tak nak jaga pokok tu?
biler pokok tu dah besar tahap memang sungguh besar,anda masih suke lg tak pokok tu?
kalau anda masih suker,anda rase anda mampu atau tidak utk terus menjaga pokok tersebut?
andai kata pokok tu dah sangat besar hingga anda tak larat nak jaga dah,anda tebang tak pokok tu?

anda semua boleh nampak tak apa yg ana cuba sampaikan.
kalau anda nampak matlamat hidup anda,anda mestilah kaji apakah matlamat hidup anda itu benar atau tidak.
krn,biler makin lama anda memperjuangkan matlamat anda itu,ia akan menjadi lebih dashyat dan tanggungjawab utk memperjuangkan matlamat itu makin berat.
jd,berhati-hati lah dlm memperjuangkan suatu matlamat.
kalau anda tahu matlamat anda salah,nampak nyer sia-sia jer matlamat yg anda perjuangkan.
namun,kalau matlamat anda benar,
NESCAYA ANDA AKAN MENJUMPAI KEMANISAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT....

Gunakan laa bulan Ramadhan ini utk mencari matlamat hidup yg sebenar....

seek for your true vision,
do not fight without your heart's confirmation.
one vision one intention,
it is what we need to find liberation.

Ramadhan:Ilmu Untuk Dihayati Bukan Untuk Dipelajari.

apa yg ana maksudkan dlm tajuk nie?
anda semua bleh x faham ayat ana tu?
ilmu utk dihayati bkn utk dipelajari.
ilmu yg kita dpt mestilah kita hayati nyer dgn mengamalkan ia dlm kehidupan seharian.
bkn jdkan ilmu yg kita dpt hanyalah sbg satu pelajaran.

ana nak tanyer,knp anda semua pergi skola?
anda nak jd pelajar yg berilmu,atau nak jd pelajar yg menghayati ilmu?
ingat lah,
anda belajar bkn hafal dan faham ilmu itu sahaja,
anda mestilah menghayati nyer.

kita dpt lihat kesan org yg hanya mempelajari ilmu tp tak mengahayati nyer pd zaman ini.
adakah kita lupa sesuatu?
turun nyer al-quran yg dibawa oleh utusan Allah ke dunia ini membawa pelbagai ilmu.
namun ramai org belajar ia hanya untuk lulus peperiksaan dan tidak menghayati nyer.
buktinya,lihatlah pada gejala sosial zaman sekarang.
mcm2 jenis org ader.
bak kata pakcik astro "macam2 ada".

biler korang semua bace post nie, mesti korang akn berkata dlm hati,
"Ek eleh,setakat post benda mcm nie,x yah publish pun aku dah tau"
sejauh mana pengetahuan korang?
apakah sumbangan yg tlh dilakukan korang?
kalau korang x pernah sumbang ape2 utk masalah nie,korang lah org yg masih tak menjadi org yg menghayati ilmu itu sendiri.....

jawapan nyer di dalam hati anda2 sekalian.
ana hanya mencetuskan persoalan di dlm hati anda....

kalau kolam yg cetek sudah digeruni basah,
usah kan laut,sungai sahaja kau dah mengalah.

jangan dikagumi sahaja laut yg tenang,
berusahalah untuk cuba berenang,

diri mati tanpa ilmu,
hati mati tanpa menghayati ilmu.

kalau tak dicuba menangkap ikan,
diri pasti mati kelaparan,
nescaya bertambah lagi penyeksaan,
kalau ilmu anda tidak diamalkan.

Wallahhu'alam..

Ramadhan:Usaha untuk Beramal.

21 ramadhan 1430

alhamdulillah,
ana dipertemukan dgn sepuluh hari terakhir ramadhan.
tahun nie,ana sgt2 berharap nak jumpa Lailatul Qadar.

hari nie,ustaz Syed Anas yg sampaikan khutbah.
seperti yg sumer pelajar putera tahu,ustaz Syed Anas biler die kasi khutbah mesti best dan penuh semangat.
die bg khutbah tak bace text.
suara die pun lantang.
namun,post kali nie bkn nak citer pasal ustaz syed anas.

antara isi khutbah yg ustaz Syed Anas sampaikan,

pd mlm lailatul qadar,malaikat turun ke dunia.
turun utk membawa rahmat dr Allah.
sebenar nyer kan,anda semua perasan tak,biler kiter sebut pasal nikmat Allah mesti kita akn dgr rahmat.
Rahmat bermaksud belas kasihan dan segala kebaikan yg diberikan oleh Allah.
ramai manusia pd hari nie menyangka bahawa rahmat yg mereka peroleh itu adlh hasil dr usaha dan doa mereka.
sesungguh nyer,mereka tu salah.
kita peroleh rahmat Allah bkn sbb kiter nie layak,
tp,sbb Allah Maha Mengasihani lg Penyayang.
tiada terbit matahari jika bkn kerana rahmat Allah.
manusia mcm kita nie layak ker nak dpt rahmat?
ternyata satu kesalahn yg nyata.
kita dpt rahmat sbb Allah yg Kasih kpd kita.
malahan sekalian manusia.
bkn sbb usaha kiter berdoa dan beramal.
sbb,org yg byk melakukan dosa pun bleh masuk syurga dgn hanya rahmat Allah.
maka,mmg sepatutnya kita bersyukur dgn setiap nikmat dan rahmat Allah.
dan sabar dgn ujian nyer.
beralik pd lailatul qadar td.
bermula nyer lailatul qadar itu selepas masuk waktu maghrib.
kalau mcm tu,bermaksud, kita mungkin menjumpai mlm tersebut secara kita mengetahui nyer atau tidak.
oleh itu,marilah kita beramai2 merebut peluan mendapatkan lailatul qadar..

pd khutbah kedua,
ustaz syed anas ckp pasal org yahudi dan nasrani.
firman Allah:

"Tidak akan pernah redha orang yahudi dan nasrani sehingga kamu(Muhammad) mengikuti agama mereka..." (surah Al-Baqarah:120)

ustaz syed anas menerangkan bahawa ayat ini turun pd peristiwa berlakunya perubahan arah kiblat yg pada mula nyer dr masjidil aqso ke masjidil haram.
Allah memerintahkan agar kita jgn tiru apa yg org yahudi dan nasrani lakukan.
ustaz syed anas pun ader ckp ttg perangi org2 musyrikin.
kita boleh lihat pd zaman sekarang,ramai org islam yg x pernah ambil kisah ke atas nasib yg menimpa saudara2 nyer di palestin,afghanistan dam lain2.
diorg semua x pernah timbul pun perasaan nak berjuang utk islam.
apa yg diorg tau hanyalah nak hidup diorg jd sng.
diorg sanggup beli produk org2 musyrikin dan mengenepikan produk2 org islam.
di sini,ustaz syed anas menegaskan ttg 'usaha memboikot produk org musyrikin'.
adakah kiter mahu dibangkitkan di hari akhirat dan dihadapkan kepada Allah dgn amalan yg menyatakan bhw kiter ini selalu menyumbang modal kpd org2 musrikin utk memerangi org islam.
mereka2 yg berbuat sedemikian akn mengatakan bhw kalau diorg boikot pun produk2 semua tu,kesan nyer skit jer,bkn org musyrikin rugi berbllion pun,setakat beratus ribu jer.
ana nak ckp,pernahkan anda bace kisah seekor burung yg kecil yg cube memadam api yg dinyalakan utk membakar Nabi Ibrahin (ada disebut dlm Al-Quran)
syaitan ketawa melihat burung kecil tersebut krn burung tersebut mahu memadamkan api dgn hanya menggunakan paruh nyer yg kecil utk mengangkat air.
lalu burung itu menjawab bahawa die tak perlu risau akn kesan nyer atau hasil nyer,ape yg die perlu risaukan ialah 'Apakah usaha yg telah die lakukan' apabila ditanyer oleh Allah.
hal ini boleh disignifikasikan kpd zaman sekarang nie.
kalau difikirkan kiter mmg x mampu nak pergi berperang membantu saudara2 kiter yg lain.
tp,sekurang2 nyer kiter dpt bantu dgn usaha kiter menyekat kewangan org2 musyrikin...

Tak usah dirisaukan hasilnya,
Risaukan Usaha kita.

Jangan berbangga dan bersyukur kerana kita berjaya melakukan suatu amal kebaikan,
Bersyukur kerana di beri peluang untuk melakukan ia.

Wallahhualam....

Sunday, September 6, 2009

What are your intentions?.....

are my intentions alright?
am i doing for Allah?
when i looking deep deep down inside.
do i have the right niyyah..

(lagu 'Intentions' oleh 'Native Deen') jdkan lirik nie sbg motivasi diri....

setelah ana melalui dunia yg penuh dgn pancaroba,ana menjumpai sesuatu.
sesuatu yg dipanggil Niat.
niat yg menjadikan diri kita terikat.
terikat dgn suatu matlamat.
apa yg bakal kita dapat,
adalah apa yg kita hajat.

ana nak tanyer?
apakah niat anda hidup di dunia ini?
apakah matlamat anda hidup di dunia ini?
apakah yg sdg anda hajatkan di dunia ini?

carilah niat yg tepat.
kerana ia akan sentiasa menemani kita sewaktu kita lemah atau kuat.
niat dan kita sangat rapat.
walaupun hingga ke akhirat.

jgn anda perjuangkan niat yg salah.
anda pasti akan kalah.
anda tetap terus jd yg lemah.
walaupun ada mempunyai kuasa yg gagah.

niat dan matlamat mmg sahabat.
seperti kemakmuran dan muafakat.
munculnya matlamat melalui niat.
niat yg tepat menghasilkan insan yg kuat.

Wallahhua'lam....

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan:Takwa dan penurunan Al-Quran

ramadhan=bulan puasa (of course laa)
maksud lain=musim panas,remedy(penawar).

Ramadhan adalah bulan yg Allah turunkan al-quran pd nyer yg mambawa hidayah dan kebenaran ttg hak dan batil.
rase nyer sumer org tau ttg kebaikan bulan ramadhan nie.
jd x yah laa ana nak citer kat sini.
ana nak citer knp Allah suruh kita berpuasa di bulan ramadhan dan ttg penurunan al-quran ..

firman Allah:

"Wahai orang2 yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana yg telah diwajib kan ke atas ummat yg terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa"(al-baqarah:183)

muler2,kita lihat dulu pd maksud ayat nie.

dlm ayat nie,Allah 'hanya berperintah kpd org yg beriman'.fhm x knp?sbb,kalau nk jd org yg beriman,kite mestilah berpuasa.
andai kata ana bg contoh,ana suruh 'org2 yg rajin jer buat kerja',maksud nyer ana ader x suruh org yg malas,kalau nak mengaku rajin buatlah kerja yg ana suruh.sama lah mcm ayat td,kalau korang nak mengaku korang org yg beriman,korang kenalah berpuasa.

Allah wajibkan kita puasa.
kalau rujuk pd ayat sebenar ia ditulis 'kutiba'(pronouns mcm bhasa arab laa)
menurut tafsiran para ulama','kutiba' bermaksud sesuatu yg difardhukan.
Allah wajibkan ke atas kite seperti ummat yg terdahulu.diriwayatkan bahawa ummat yg muler2 start berpuasa ialah ummat nabi daud.tp,puasa diorg nie hebat,kalau kite sebulan,diorg sepanjang tahun,selang sehari puasa.

pd ayat terakhir,Allah berfirman suruh kite puasa agar kite jd 'org2 yg bertakwa'.
apa kaitan puasa dgn takwa.
ingat,sbb ape anda berpuasa?
adakah sbb x de makanan atau sbb Allah suruh sprti dlm ayat td?
kalau anda puasa sbb Allah suruh,bermaksud disisi anda ade makanan dan keperluan yg lain tp anda tak nak ambik krn Allah suruh puasa kan?
itulah maksud nyer.
anda2 yg tlh berpuasa krn Allah tlh berjaya meninggalkan perkara2 yg membatalkan puasa walaupun ia ada disisi anda semua.
kalau anda berjaya tinggal perkara yg membatalkan puasa sbb Allah suruh,
tak mustahil anda juga dpt tinggalkan perkara yg Allah haramkan sbb Allah melarang melakukan ia dlm al-quran dan sunnah.
itulah kaitan puasa dgn takwa.
bermaksud anda slps ini mungkin berjaya utk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

sekarang,ana nak citer psl nuzul quran.

Allah berfirman:

"Bulan ramadhan adalah (bulan) yang di dalam nya diturunkan al-quran sbg petunjuk bg manusia dan kebenaran2 (penjelasan2) mengenai petunjuk dan perbedaan( antara hak dan batil)....." (al-baqarah:185)

mafhum nya,

Allah telah turun kan al-quran pd bulan ramadhan atau lg tepat pd lailatul qadar.
tp,nabi muhammad dpt wahyu yg pertama ttg surah al-a'laq pd 17 ramadhan,dan diriwayatkan lailatul qadar jatuh pd 10 mlm terakhir,mcm maner nie?
mcm nie kisah sbnra nyer..
kedua2 fakta tu btul.
nabi muhammad dpt wahyu pertama pd 17 ramadhan dan lailatul qadar jatuh pd 10 mlm terakhir.
namun,jawapan nya ialah,al-quran mmg diturunkan pd lailatul qadar secara keseluruhan dr Luh Mahfuz ke langit dunia(baitul i'zzah).ia kemudian diturunkan secara beransur2 kpd nabi muhammad.
maka,tiada lah perselisihan faham di sini lg.
Allah turunkan al-quran pd lailatul qadar yg kite pun x tahu biler malahan sering berubah2 tarikh nyer.

Al-quran adlh kebenaran ttg hidayah dan perbedaan hak dan batil.
ana nak bg contoh lah skit,
anda sedang dlm perjalan dr rumah ke putrajaya.anda x tahu mcm maner nak pergi nie.tak tahu jln.jd,anda pun bertanyalah pd org ramai.tanyer punyer tanyer,masih x jumpa2.pastu,tanyer org ramai sekali lg.masih sesat lg.biler dah lame giler sesat x tahu nak pergi maner,barulah jumpa tempat yg ditujui.lps tu,org rekemen kan anda guna GPS atau Navigator biler nak pergi mane2 lps nie.
anda fhm x point die sekarang.
kiter sekarang hidup di dunia yg diciptakan oleh Tuhan yg Esa.
tp,kiter x tahu saper yg ciptakan dan mcm maner nak survive di dunia.
disitulah dtg nyer petunjuk atau 'manual' dr Allah Pemilik seluruh alam semesta.
Dialah yg Maha Mengetahui ttg dunia ini.
mcm GPS td,die bg kiter guide dr atas sbb die dpt lihat setiap pelusuk dunia.
tp,di sini kita sdg berbicara ttg Kekuasaan Allah yg Esa,Maha Mengetahui.
dr petunjuk atau 'manual' itulah kiter dpt tahu saper Pencipta kiter dan mcm maner nak hidup di dalam penciptaan-Nya.

Wallahhualam...

About this special kid and his family.....

korang sumer mesti blum tahu lg pasal keluarga aku.
termasuk juga diri aku yg sebenar.
setakat nama pekerja nisda teguh ana pun kenal.
nie pasal asal usul terpasuk laa ape benda yg ana x suke and suke.

mula mestilah pasal ana dulu....

Haziq Hakeem bin Ahmad Affamdi.
Lahir di Hospital Sentul.
Berdarah keturunan orang melayu Temerloh,Pahang dan Alor Setar,Kedah.
.......
..........
.........

bapak poyo giler post mcm nie.
pergi blah tanjung harapan laa wei kalau ana nak buat post mcm nie.
kalau org lain nak knl ana,tanyer laa sendiri.
hahahahahahaha.......
ini lah pertama kali ana buat post yg sajer2 nak menyemak kat dlm blog nie....

Friday, September 4, 2009

Khaira Ummah...hehe~

tanggal 14 Ramadhan 1430 hijrah,bersamaan 4 september 2009,

hari nie,bdak2 form2 yg tlh dicalonkan utk perlantikan pengawas dipanggil ke bilik mesyuarat.
semua bdak dah cuak biler nampak puan ezzana dlm bilik tu dgn muker die yg bengis dan garang tu(tp sebenar nyer friendly jer).
ana pun dipanggil jugak.
kat dlm bilik tu pun ade puan siti salwa,puan maiselamah,ummi.
kitorang disuruh sebut nama dan pernah atau tidak jd pengawas waktu kat skola rendah dulu dan sbb ape nak jd pengawas.
muler2 bdak putera yg kena dulu.
org yg pertama amir ridwan ibnu idris.
ayat die biase2 jer.
kedua mirip.
sbb yg die kasi kena komplen dgn cikgu2.
seterus nya ketiga dan keempat..(ramai sangat laa).
yg paling best time ridzwan faiz kena.
lps die perkenal kan diri,ummi terus bg tahu puan ezzana yg ridzwan tu exco asrama.
biler puan ezzana tanyer ape kerja die,
dgn selamba ridzwan ckp "kunci pagar".
kah3...mmg lawak.
semua bdak gelak.
lps dah abis gelak baru ridzwan ckp yg kunci pagar tu salah satu tugas exco,byk lg tugas exco.
biler dkt jer dgn time ana(time tu tgh kimie ),ana mmg nervous giler.
rase sesak nafas rase nyer.
nak pengsan dah nie (seiously,mmg ana x leh nafas time tu)
ana pun cuba lah tunduk skit,rapatkan lutut dgn dada dan tarik nafas panjang2.
alhamdulillah dpt bernafas.
ana bg taulah nama dan semua2 tu laa.
biler nak bg tau sbb,ana ckp laa secara spontan berdasarkan permikiran ana dan pandangan ana.
"Khaira Ummah....."....
tu lah slogan sbb mengapa ana nak jd pengawas.
ayat penuh nyer x yah laa org yg x berkenaan nak tau.
biar org2 yg ader dlm bilik mesyuarat tu jer yg tau....rahsie kan tau....
lps jer semua bdak putera habis,cikgu suruh kitorang keluar,sbb puteri plak nak ckp.
muler bdak putera lain dah bersemangat nak dgr aper yg bdak puteri nak ckp.
alhamdulillah,Allah masih sayangkan kami supaya kami keluar dan pergi belajar,x yah nak sajer2 duduk gelak kan aper yg bdak puteri nak ckp mcm bdak puteri buat kat putera.
lps jer dr waktu tu,perkataan "Khaira Ummah" menjd permainan mulut bdak2 putera...
sedih rase hati apabila org mempermainkan perkataan yg ana keluar kan....
alasan diorg ,sbb cikgu pun gelak jd diorg pun gelaklah...

ape yg ana nak ckp kat sini bukan sbb nak mencapub,tp nak berpesan,
berkejar-kejar lah jd "Khaira Ummah" dgn menyuruh kpd melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran krn ia akan menjadikan diri kita lebih dekat kpd Allah..Korang x nak diangkat darjat oleh Allah dgn Allah menyatakan dan menjdkan korang dgn gelaran "Ummat yg terbaik"" ker???

"Kamu ialah ummat yg terbaik yang dilahirkan untuk manusia,kamu menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu pula beriman kepada Allah....."(Al-Imran:110)

dlm tafsiran ibnu kathir menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kpd ummat islam.

diriwayat kan oleh Imam Ahmad bahawa Durrah binti Abi Lahab berkata,"Seorang bertanya kepada Rasulullah sewaktu beliau berpidato di atas mimbar:"Siapakah orang yang terbaik ya Rasulullah?"Rasulullah menjawab dengan bersabda:
"Manusia yang terbaik ialah yang paling bertakwa kepada Allah,paling giat melakukan amar ma'ruf nahi munkar dan paling suka bersillaturahim"



kesimpulan nya,
kalau korang ummat islam,korang adalah "Ummat yg Terbaik".
Namun,kalau korang nak jd "Ummat yg terbaik"
sekaligus nak membuktikan korang ummat Islam,
KORANG KENALAH MENGAMALKAN DAN MENGAMALKAN AMAR MA'RUF DAN NAHI MUNKAR....

Wallahhualam...