Friday, July 31, 2009

Perkara Keji dan Mungkar:Apa kaitannya dengan hidup?


apakah kaitannya?
sebenarnya,di dalam hidup kita ini
kita tidak pernah dapat lari dari perkara keji dan mugkar
oleh itu,tanggungjawab kita utk memilih
mahu turut melakukannya atau tidak?
namun,hidup kita ini tak lain dan tak bukan adalah utk menyembah Allah

"tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku"(Adz-Dzariat:56)

bagaimanakah caranya utk beribadat kpd Allah?
inilah yg cuba ana sampaikan iaitu
manusia dpt beribadat kpd Allah dgn pelbagai cara salah satu nyer ialah
meninggalkan perkara keji dan mungkar
apa kaitannya ibadat dgn meninggalkan perkara keji dan mungkar?

dalam sebuah hadis qudsi rasulullah S.A.W

"sesungguhnya,solat itu mencegah kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar"(Al-Ankabut:45)

ditanya oleh seorang sahabat kpd rasulullah'Bagaimanakah solat itu mencegah kita melakukan perkara keji dan mungkar?'
rasulullah bersabda:
'Barangsiapa solatnya tidak mencegah dirinya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,maka tidak sempurnalah solat nya.'

(H.R Ibnu Hibban dan Mardawiyah)

dr hadis itu kita dpt lihat bahawa solat kita tidak sempurna jika kita masih melakukan kemungkaran dan perbuatan yg keji
bknkah hidup kita ini hanyalah utk beribadat kpd Allah sahaja...tetapi ibadat solat kita tidak sempurna krn melakukan byk perbuatan keji dan mungkar...apakah kita mahu menghadap Allah pd hari kiamat nanti dlm keadaan solat kita tidak sempurna?

kita lihat pula pd jangan mendekati zina
apa kaitanya pulak perkara ini dgn ibadat?
ianya sama sahaja dgn meninggalkan perkara keji dan mungkar
ana di sini cuma ingin memberitahu kaitannya

"Janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya ia perbuatan yg keji dan jaln yang buruk"
(Al-Isra:32)

didalam ayat tadi,Allah memerintahkan kita utk jgn mendekati zina
yakni jgn melakukan perkara yg boleh menjerumus kpd zina
knp Allah kata "jangan mendekati"
apa maksud nya?
oklah,kalau ana ckp "jgn kau dekat dgn rumah tu"
agak2lah kan,boleh kita masuk x rumah tu?
mestilah x boleh sbb nak dkt pon dah x bg apakan lg nak masuk
samalah mcm firman Allah td
Allah larang utk berzina malahan utk mendekati nya dgn apa2 je la (mcm ber'couple') pun x boleh

kalau kita buat jugak..
samalah mcm buat perbuatan keji iaitu solat kita tidak sempurna..
dan mahukah kita mahu menghadap Allah dgn keadan solat tidak sempurna

Renungkanlah

Wallahhu'alam


Friday, July 24, 2009

Lawatan kelab Geografi





22 julai 2009

ana nak mengisah kan pengalaman ana dan kawan2 pergi ke satu lawatan sekolah
kelab geografi mengadakan lawatan ke mana ntah x ingat nama nye
lawatan tu bg ana mmg best
tempat2 yg kitorang lawati ialah taman haiwan
kat situ ada lah beberapa binatang mcm rabbit,parrot,memerang
kuda,kuda plastik???? (apa yg ana mengarut nie)
kat situ agak boring laa jugak sbb tak banyak benda yg menarik
tp,yg best nyer kitorang kacau sekumpulan burung merpati
burung tu bila campak batu nanti diorang terbang banyak2,sekumpulan
sampai hampir kena kepala kitorang
kitorang pun ada melalui satu jambatan gantung
kitorang semua takut bila nak lalu sbb diorang ckp nanti ana akan robohkan
time nak lalu tu ana dgn beberapa kawan ana melompat-lompat kat jambatan tu
lps beberapa minit merayau kat situ
kitorang pergi pula ke empangan air kuning
nama jer air kuning tp sebenarnyer air die keruh(warna coklat)
biaselah empangan mestilah kotor,what do you expect warna putih mcm filtered water
kat situ ada kandang ternakkan ikan
kitorang dgn beraninya berjalan di atas kandang tu tanpa memakai life jaket
perasaan ana cuak pun ader jugak sbb empangan mestilah dlm tak kan pula cetek mcm kolah
tp,alhamdulillah tak berlaku perkara yg buruk
kitorang pun ader bg makan ikan
tp,ade satu perkara yg tak best kat situ
kitorang terpaksa tengok dgn perasaan penuh kesabaran cikgu Radziah beli ikan 5 ekor
yg terseksanya ialah kitorang tgk sajer cikgu beli sambil cikgu menceritakan resipi utk memasak gulai ikan
dah la time tu tgh lapar
ingatnye cikgu nak belanja makan
pastu dah puas main air,kitorang pegi ke rumah iklim
waktu kitorang pegi kat situ tgh musim panas hemisfera utara
pada mula nya kitorang ingatkan panas giler kat situ (nama musim panas mestilah panas)
rupa2nya,kawasan tu lg sejuk dari keadaan waktu mlm kat malaysia
sejuk sungguh sampai menggigil kitorang kat situ
tp pemandangan kat situ mmg lawa
time keluar,kitorang lalu ikut jln belakang taman tu
nampak lah satu signboard org tgh acukan senapang dkt seorang penceroboh('no admittance' la maksudnyer tu)
kat situ amir zuhair dgn aiman tangkap gambar sambil buat gaya macam dlm signboard tu
lepas kitorang puas berseronok kat rumah iklim,cikgu radziah bawak kitorang pegi ke taman kaktus
kat situ tak de ape2 sebenarnya cuma bukit2 kecil buatan manusia
kitorang sumer ade panjat satu bukit (bkn bukit,die mcm satu ketulan batu besar)
ikram paling hebat sbb die dpt panjat paling tinggi di kalangan form 2
lps tu kitorang bergerak pulang
dlm perjalanan pulang,kitorang berhenti di masjid sultan salahudin (alah...., masjid warna biru yg selalu keluar tv tu)
first time ana masuk masjid tu
lps solat kitorang mkn pastu bergerak pulang
yg lg menyedihkan ialah makan tgh hari guna poket sendiri
ingatkan ade disediakan makanan rupanya tidak
tp,tak pelah jugak sbb RM5 lps bayar tiket masuk rumah iklim dah tinggal RM1
nak makan aper dgn RM1?
lps makan,perjalanan diteruskan
sepanjang perjalanan pulang ana tidur jd x dpt nak citer ape2

Tuesday, July 21, 2009

Khamar:Bahananya kepada Ummah

apakah itu Khamar?
Di dalam tafsiran ibnu kathier menerangkan bahawa khamar bermaksud
'perkara2 yg memabukkan'
contoh yg terbaik ialah seperti arak dan dadah
sebut ttg dadah,ana ingin memberitahu kpd anda semua ttg pandangan ana ttg hal ini
kerajaan membuat pelbagai kempen utk memerangi dadah.
antaranya ialah kempen '6 Jahanam'
apakah ia '6 Jahanam'?
6 Jahanam ialah enam jenis dadah yg amat berbahaya
1-heroin
2-syabu
3-kanabis
4-ecstasy
5-ganja
6-x igtlah ape...
tp yg penting kesemua yg ade dlm '6 Jahanam' itu adalah dadah.
namun,ape yg ana ingin sampaikan di sini..
sepatutnya kerajaan membuat kempen '7 Jahanam'
yg ke-7 itu ialah 'arak'
sedar tak anda,apakah beza arak dan dadah?
kalau dilihat dari pelbagai sudut ia lansung tiada beza
namun,mengapa kerajaan kita tidak pula mengharamkan arak
berlaku kemusykilan di sini
nak dikatakan arak tidak merbahaya , ia juga berbahaya seperti dadah
nak dikatakan arak tidak boleh menimbulkan kes salah laku jenayah,tp sekarang ramai sahaja orang buat jahat kerana mabuk seperti membunuh,mengugut,merogol dan lain2
namun walau bagaimanapun,arak masih bebas dijual di sana dan di sini
apakah jawapan untuk persoalan ini?
jawapannya pasti tidak akan dapat diketahui sehinggalah wujud pengharaman arak di SISI UNDANG-UNDANG MALAYSIA
apa yang ingin ana sampaikan di sini bukanlah untuk mewujudkan perasaan anti kerajaan
tetapi hanya untuk mewujudkan satu persoalan atau pemikiran supaya ia dapat dijadikan iktibar untuk direnungi bersama
akhir kata,sebenarnya persepsi orang yang mengatakan 'dadah itu musuh negara' mestilah kita tukar kan menjadi 'nafsu itu musuh dunia'
ini kerana,nafsu kitalah yang sebenarnya mendorong kita untuk pergi mencari Khamar
Khamar itu tidak boleh datang sendiri,jadi macam mana boleh jadi 'musuh'
motif ana menulis begitu adalah supaya dengan ini orang ramai akan menyalahkan diri dan nafsu dan akan terus untuk memantapkan iman agar menjadi insan yang lebinh bertakwa

Friday, July 17, 2009

sahabat.....


sahabat..
yg ke-3 paling rapat dgn kita.
pertama yg paling rapat ialah Allah.
ke-2 keluarga.
siapakah sahabat sebenarnya?
jika tanpa sahabat hidup kita susah utk kita harungi.
kehadiran sahabat adalah suatu rahmat dari Allah.
sedangkan Nabi Muhammad sendiri mempunyai sahabat.
malah baginda mengharungi perjuangannya demi islam bersama sahabat2 baginda
di dalam al-quran juga ada menyebut ttg sahabat2 rasulullah

"dan sahabatmu (Muhammad) bukanlah gila" (surah at-takwir:22)

"kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya,iaitu ketika kaum kafir(di Mekah) mengeluarkannya dari negerinya(Mekah) sedang salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua,ketika ia berkata kepada sahabatnya:'janganlah engkau berduka cita,sesungguhnya Allah bersama kita'....."(surah at-taubah:40)

dua ayat itu menunjukkan bahawa para sahabat tidaklah gila apabila mereka mempercayai ttg agama yg dibawa oleh rasulullah serta kekuasaan Allah
ayat ini juga tlh menunjukkan kepentingan kehadiran sahabat kerana dlm ayat di atas ia menunjukkan keyakinan dan pengorbanan para sahabat termasuk pembelaan serta perlindungan Allah terhadap para sahabat
jikalau sahabat tidak penting mengapa ada disebut di dalam al-quran
sahabat juga merupakan saudara kita
krn Rasulullah menganggap para sahabat seperti saudara sendiri
kebanyakkan hadis nabi adalah diriwayatkan oleh sahabat
ini menunjukkan baginda mengasihi,rapat,baik dan menghormati sahabat2nya
oleh itu hargailah sahabat kita
krn ia mungkin akan membantu kita berjuang di jalan Allah
jikalau Rasulullah yg mulia itu mempunyai sahabat dan mengasihi sahabatnya,
siapalah kita ini utk menghina sahabat kita sendiri.
Wallahhu'alam

peringatan kpd manusia...

assalamualaikum,

pernahkah anda semua terfikir,bagaimanakah agaknye perasaan selepas mati?
setengah org akn ckp "nanti kita rase kesunyia bla..bla..bla.."
sebenarnye,pernahkah and semua TERFIKIR BAGAIMANA PERASAAN SELEPAS MATI?
ana di sini mahu mencetuskan satu imaginasi....
cuba bygkan anda sdg dicucuk pedang ke kepala(kalau nak rase giler2 rasenye tgk lah cerita yg brutal mcm SAW)
kemudian pedang itu akn disentap....
bygkan kesakitan yg akan dialami
x habis lagi,cube bygkan anda mahu bangun dan berdiri dan cuba utk tutup badan anda yg telah sedia utk dimandikan.
namun anda tidak mampu dan x berdaya utk bangun bahkan utk berkata...
cuba bygkan lg anda sdg diusung masuk ke dalam liang lahad....
bygkan kesempitan dan kegelapan berada di dalam liang lahad
byg kan anda cuba utk menjerit meminta dikeluarkan dr liang lahad namun tiada sebarang balas yg anda dgr tetapi hanya tangisan perpisahan dan sayup2 bacaan talkin...
bygkan lg kesunyian yg dialami ketika berada berseorangan di dalam liang lahad tersebut...
agak2nye,dlm liang lahad tu luas ker tak haaa?
anda didatangi malaikat dan disoal
Siapakah tuhan mu..
Apakah agamamu...
Siapakah rasulmu..
Apakah imammu......
dan seterusnya
bygkan andai kata anda sewaktu mati itu berada dalam keadaan yg sdg asyik melakukan maksiat....
agak2lah kan,apa balasan ia yea?
jgn disangka hidup yg anda lalui ini tidak ada penhujungnye
setiap ape yg hidup pasti ader penamatnye
Wallahhu'alam
ingatlah bahawa benda yg paling dkt dgn manusia adalah MAUT
jaraknye seperti jarak waktu diantara 2 solat....
RENUNGKAN lah

Anak-Anak yg bijak....


Petikan ini dari laman web yg kawan ana (yg x dikenali identitinye yg sebenar) rekemen kan iaitu saifulislam.com.Tajuknye telah ditukar utk keselamatan supaya x disaman oleh ust Hasrizal...huhuhu acah jer,bace lah post nie

Isi Khutbah yg tlh disampaikan oleh ust hasrizal sendiri

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”

Benar.

Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.

Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.

Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

hadith-ibil100

“Lelaki berkualiti seperti unta hanya satu dalyang mampu menanggung beban yang berat untuk perjalanan yang panjang, kamu sukar untuk menemuinya sebagai satu dalam seratus” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Sejarah membuktikannya.

Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.

Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.

Sidang Jamaah rahimakumullaah,

Lelaki tulen yang bagaimanakah yang kita impikan?

Apakah yang bermisai lintang atau muka dihias jambang?

Pelanggan tongkat ali atau penagih kopi keras malam dan siang?

Jika itulah ukuran ketulenan seorang lelaki, kita sudah memiliki cukup ramai lelaki yang sedemikian itu.

Sesungguhnya kehebatan seorang lelaki, tidaklah ditentukan oleh usia. Di sana terdapat ramai sahaja lelaki yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun. Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit cubaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.

Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewsa.

Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kejantanan hakiki.

Di dalam satu peristiwa, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu telah lalu berdekatan dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain. Mereka bertempiaran lari semasa melihat kelibat ‘Umar kecuali seorang iaitu ‘Abdullah Ibn al-Zubayr radhiyallaahu ‘anhu. Lalu ‘Umar bertanya kepadanya, “mengapakah kamu tidak lari bersama kawan-kawanmu?” Beliau berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk aku takut kepadamu dan jalan ini juga tidak sempit. Ruang yang ada cukup untuk engkau lalu!”

Begitu juga di dalam suatu peristiwa, seorang anak remaja masuk ke istana mengadap salah seorang Khalifah Bani Umayyah, untuk bercakap mewakili kaum kabilahnya. Khalifah berkata, “carikan lelaki yang lebih dewasa untuk mewakili kaummu!” Budak lelaki itu berkata, “wahai Amir al-Mu’minin, seandainya kepimpinan ditentukan oleh faktor usia, maka di sana ada lebih ramai orang lain yang layak menjadi Khalifah selain engkau.”

Ini adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang memaparkan tentang kualiti jati diri dan kejantanan sebenar yang ditonjolkan oleh manusia yang hebat biar pun pada usia yang masih muda.

Sesungguhnya ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa.

Allah SWT mengungkapkan tentang perspektif orang-orang Munafiq di dalam firman-Nya:

Apabila engkau melihat mereka, engkau akan berasa takjub dengan penampilan tubuh badan mereka” [al-Munafiqun : 4]

Abdullah ibn Ubai ibn Salul, ketua kaum Munafiq ini mempunyai tubuh badan yang hebat dan berpakaian dengan pakaian yang mengagumkan. Beliau dan kaumnya berasa bahawa penampilan itu mampu menyembunyikan kejelekan diri mereka yang sebenar.

Tetapi di dalam sambungan ayat ini, Allah memberikan ungkapan yang sangat tepat tentang hakikat mereka ini:

63_4-i

“Sedangkan mereka itu tidak ubah seperti kayu reput yang tersandar di dinding” (Al-Munaafiqoon: 4)

Ada manusia yang tersalah memandang, menyangkakan bahawa kayu itulah yang menampung tegaknya dinding. Hakikatnya kayu itu langsung tidak mempunyai sebarang makna. Tersandar menunggu reput dimamah hari.

Di dalam sepotong hadith Sahih yang lain, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “seorang lelaki berdosa yang bertubuh sasa di dalam hidup, tidak mempunyai sebarang nilai pada timbangan Akhirat walaupun pada kadar seekor nyamuk.”

Lalu Baginda membacakan firman Allah:18_105

" Mereka orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang nilai di Akhirat nanti pada timbangannya” [al-Kahf : 105]

‘Abdullah ibn Mas’oud merupakan seorang lelaki yang ‘dhaif pada tubuh badan. Pada suatu hari salah satu kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat yang melihatnya ketawa. Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kaki-kaki itu lebih berat di Akhirat nanti berbanding Gunung Uhud!”

Sidang Jemaah sekalian,

Usaha untuk melahirkan manusia yang memiliki jati diri sejati di era ini adalah suatu cabaran yang sangat besar. Setiap anak yang lahir, mereka memiliki fitrah dan potensi yang sama. Akan tetapi ramai yang terjebak ke kancah kesilapan apabila membiarkan kemewahan dan kesenangan hidup merosakkan potensi ini hingga menjejaskan personaliti mereka.

Kembali kepada persoalan utama, apakah tindak tanduk kita yang membunuh potensi itu, dan apakah tindak tanduk kita yang boleh membangunkan potensi berkenaan?

Di mimbar Jumaat ini, kita rumuskan beberapa amalan yang terdapat di dalam Islam, khusus untuk membina jati diri anak-anak kita agar mereka membesar dengan nilai peribadi dan kematangan yang optimum:

Pertama: Gelaran

Di dalam Sunnah, banyak dipaparkan contoh bagaimana anak-anak diberikan gelaran Abu oleh Rasulullah sallaahu ‘alayhi wa sallam. Biar pun kanak-kanak ini masih kecil, tetapi gelaran Abu itu menyuntik nilai kedewasaan pada anak-anak ini.

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana beliau mempunyai seorang adik yang masih kecil, baru sahaja belajar menjamah makanan pejal. Dia digelar Abu ‘Umair. Apabila adiknya ini ada bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam akan berkata, “Wahai Abu ‘Umair, apa yang Nughair sedang lakukan?” (Nughair itu adalah seekor burung kecil yang sering menjadi permainan Abu ‘Umair itu). [Hadith riwayat al-Bukhari]

Sunday, July 12, 2009

Assalamualaikum...

pergi ke pasar naik kereta,
berhenti seketika minum kopi,
assalamualaikum pembuka kata,
salah dan silap harap dimaafi.

itulah pantun empat kerat yg ana karangkan sebagai pembuka bicara di dalam blog ini