Thursday, August 27, 2009

sambungan:drama ayat2 cinta versi 2 ABUA

babak 4

tempat:,hospital bahagia,lebuh raya kajang silk

2 bulan kemudian...

Natishu dan Nur Ariff akhirnya sembuh dari penyakti mental mereka.Ridzwan yang pada mula nya seorang doktor di hospital sakit jiwa itu bertukar menjadi pesakit setelah mengalami tekanan jiwa selepas peristiwa gigit-menggigit dahulu.Hadif yang telah digelar sebagai itik oleh Natishu bekerja sebagai pelatih itik untuk mengadakan sarkas itik n
ya.Selepas Nur Ariff dan Natishu keluar dari hospital sakit jiwa itu,mereka telah bertekad untuk mencari mayat Haziq.Mereka berasa bersalah kerana merendam Haziq di dalam Sungai Ramal dahulu.Mereka mengadakan sebuah perjumpaan di sebuah restoran di perhentian R&R di lebuh raya Kajang silk.

Nur Ariff:Wei Tishu,kau agak-agak ke mana mayat Haziq telah hanyut?
Natishu:Tak tau lah.Mungkin sampai ke Lautan Pasifik kowt.
Nur Ariff:Ini semua salah kau lah sebab tak bawa tisu untuk lap hingus Haziq Hari tu.
Natishu:Hisk..hisk..hisk..(bunyi esakan tangisan).Aku tahu aku salah tapi nak buat macam mana waktu itu aku tak bawa duit belanja nak beli tisu.Aku menysal.
Nur Ariff:Tak mengapa,mungkin lepas ini kau boleh bawa bergulung-gulung tisu tandas,nanti biler ade kejadian yang sama mungkin kau boleh guna tisu tu.

Tiba-tiba,berlaku sebuah kemalangan di lebuh raya Kajang silk.Kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motor dan ahli parlimen perempuan.Penunggang motor itu kelihatan sama seperti orang yang melanggar Haziq dahulu.

Nur Ariff:Macam aku pernah nampak motor itu tapi di mana ya?
Natishu:Haa?Kau pernah nampak?Macam mana kau tahu tu motor yang sama yang kau pernah nampak,ini kan drama bertulis yang tiada gambar rajah,hanya menggunakan akal untuk membayangkan suasana kejadian.Tapi,mana ada dalam drama ini cerita pasal rupa motor tu,
Nur Ariff:Manala aku tahu,dah pengarang drama ini cakap "Penunggang motor itu kelihatan sama seperti orang yang melanggar Haziq dahulu."aku ikut cakap jer lah yang aku pernah nampak.
Natishu:Oh macam tu ye?Ok lah..(drama disambung) Betul lah,aku pun pernah nampak.
Nur Ariff:Silap masa lah,kau mana ada waktu motor itu langgar Haziq.
Natishu:Manalah aku tahu,aku mana boleh berfikir dalam drama bertulis ini.Aku macam jadi buah catur yang tak berbentuk.
Nur Ariff:Dah tu kau diam jerlah sehingga waktu kau kena bercakap.Nanti pandai-pandailah pengarang drama bertulis ini nak letak kau di mana.
Natishu:Ok fine,kembali kepada drama..

Nur Ariff dan Natishu pergi ke tempat berlaku kemalangan.Pada mulanya mereka mahu membantu tetapi niat mereka tiba-tiba terhalang.Rupa-rupanya kedua-kedua orng yng terlibat dalam kemalangan tersebut diselubungi dengan hingus.Nur Ariff dan Natishu berbincang.

Nur Ariff:Macam mana ini?
Natishu:Macam mana apa?
Nur Ariff:Macam mana nak tolong diorang?
Natishu:Kau nak angkat diorang ke?
Nur Ariff:(dalam keaadan kebingungan) erm..erm..Tapi aku geli lah.

Natishu dengan bangganya mengambil sesuatu dari poket nya.
(Dentuman drum berbunyi semasa Natishu sedang nenyeluk poketnya,lampu pentas dihalakan ke arah Natishu.).
Dengan tiba-tiba,muncul Chamseeker yg sedang menaiki penyapu magis sambil menyalakan satu lampu yang sungguh terang.(lampu pentas dihalakan ke arah Chamseeker disambil mengeluarkan bunyi seperti sesuatu yg sedang berkilau-kilau)

Natishu:Siapa yang datang dengan cahaya yang terang tu.Aku baru nak berlakon jadi macam Doreamon yang tengah keluarkan barang baik punya.Potong jalan betullah.
Nur Ariff:Aku pun tak tahu.Aku baru jer buat bunyi latar cerita Doraemon yang sedang keluarkan alat baru.
Chamseeker:Maaf-maaf,ini bukan salah aku tapi Pong Fong.

Pong Fong turun dari penyapu magis itu dan memakai sarung kepala untuk menutup cahaya yang terhasil daripada kepalanya yang botak.
Lampu pentas segera dipadamkan apabila Pong Fong menutup kepalanya.
Lagu "Demi Matahari" dimainkan sambil watak-watak yang lain menari-nari mengelilingi kepala Pong Fong dan mengusap-ngusap nya.

Pong Fong:Maaf-maaf,kepala aku ini licin sangat
Chamseeker:Sedar pun kau tapi masih nak bajet kacak.

Kesemua berborak-borak dengan riang.Pentas digelapkan dan bunyi ketawa Natishu,Chamseeker,Nur Ariff dan Pong Fong dikuatkan.Lampu Pentas dihalakan ke arah Ahli Parlimen yang sedang meraung-raung meminta pertolongan.

Ahli palimen perempuan:Tolong...tolong..tolong!!!!
Pong Fong:Kalian ada dengar sesuatu tak?
Chamseeker:Tak ada.
Natishu:Nanti sebentar,apa yang sebenar nya aku nak buat mula-mula ya tadi?
Nur Ariff:Kau nak keluarkan sesuatu dari poket kau.
Natishu:Ya lah,aku terlupa.Aku ingatkan nak tolong orang tadi.Ya Allah,aku baru teringat sesuatu.

Natishu memandang sekeliling untuk mengingati apa yang mahu dilakukan.Natishu melambai kepada ahli parlimen perempuan dan penunggang motorsikal yang kemalangan itu.

Natishu:(Dengan muka yang tidak bersalah)Tengok itu,ada orang kemalangan lah.Haa..baru aku ingat,aku nak keluarkan kunci kereta aku sebab nak ajak korang untuk pergi makan.Jom pergi makan.

ItalicDengan serta merta,ahli parlimen wanita dan penunggang motosikal itu mati.
Lagu "pergi tak kembali" dimainkan yang dinyanyikan oleh penunggang motosikal dan digayakan setiap ayat dan perkataan di dalam lagu tersebut oleh ahli parlimen perempuan.
Italic
Apakah nasib kedua orang yang kemalangan itu?Siapakah dia lelaki yang bernama Pong Fong itu?

bersambung....

Tuesday, August 25, 2009

Malam yg dingin lagi sepi....

di malam yg dingin lg sepi,
duduk ana menghadap komputer bersendiri,
sambil menulis di dalam blog ini,
dengan harapan tekanan hidup berpindah ke mimpi.

di malam yg dingin lg sepi,
ana duduk seorang diri,
menemani malam yg menyelubungi,
dgn hati yg mengharap cinta Ilahi.

di malam yg dingin lg sepi,
kalam Allah bermain di lubuk hati,
merindui cinta yg Hakiki,
buat penawar luka di hati.

di malam yg dingin lg sepi,
terasa dunia begitu sunyi,
tiada kegembiraan yg diingini,
di situ ujian datang mengunjungi.

hari nie adalah hari yg penuh dgn tekanan buat ana...
ini mungkin ujian dari Allah..
Ya Allah,terima kasih kerana tlh memberi ku peluang untuk hidup selama nie...
Aku hanyalah insan Mu yg hina dan alpa...
Sering kali aku lalai dgn nikmat Mu di dunia...
Jangan lah kau biar kan aku sesat ke jln org2 yg Engkau mungkari....
Ampuni lah dosa ku wahai Allah Yang Maha Pengampun lg Maha Mengasihani...

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan.....

haaa.....ini ade satu kisah,
kisah yg mengisahkan sebuah kisah,
kisah yg di dalm nya terdapat perkara yg ingin dikisah.
mmm..?????
ayat ape lg nak ltk???
sajer melawak kejap.
kpd kwn2 kelas ana,drama yg ana buat akn ditangguh ker waktu yg sesuai sbb ana tgh cari ilham dulu.
korang cubelah agak2 sambungan nyer.
sekarang nie ana nak citer benda lain....

1 Ramadhan 2009

sahur hari nie ialah 'nasi goweng' (nasi goreng)
sahur nyer sebenar nyer mkn lauk smlm.
pagi tu ana bangun lewat.
waa!!!!terasa rugi nyer.
dah siap mandi sumer ana ikut mak ana pegi pusing-pusing (bahasa ganti utk jalan2 dlm family ana)
pegi shopping kat jusco equine park.
kat sana ana kena jaga mak ana dari berbelanja berlebihan.
ana pun ikut sbb nak ceria kan keadaan dgn lawak bodoh ana.
mak ana selalu perli lawak ana
mak ana kata "tu patut nyer lawak ker tu?"
dan ana pulak akn jwb "alah..x lawak pun kesian kan laa akeem,gelak laa skit"
then, mak ana dgn kakak ana pun buat2 laa gelak yg berbunyi x ikhlas.
mak ana nyer gelak laa paling x tahan.
gelak die mcm..mcm...ntah laa tp kalau dgr gelak simpati mak ana kpd ana mmg lawak laa,lg lawak drpd lawak ana yg bodoh tu.
x leh tahan giler kalau ingat gelak mak ana tu...
hari nie first time ana mengaktif kan diri di facebook.
ntah laa knp ana buat facebook,mungkin sbb family ana ramai kowt yg ader facebook.
abang,kakak,sepupu,mak saudara,ayah saudara,semua family ana ader facebook.
petang tu ana jd chef.
hebat x???
ana tolong ayah ana masak amender ntah.
ana tolong jer and time berbuka ana mkn jer.
malas tau lauk amender sbb last2 benda tu akn jd 'submarine' gak.
tenggelam timbul,tenggelam timbul...
mlm tu terawikh x ramai familiar face yg dtg.
kawan2 ana muhammad ,azhim,omar,brother 3 suku (die nie pelik skit,dtg surau time org dah balik pastu mkn lebihan moreh jer) pun x de.
tadarrus pd mlm tu pulak pun ramai yg x dtg.
hish.....x tau laa ape nak ckp.
kat tadarrus tu kebanyakkan org berumur dgn belia jer dtg join,bdak2,remaja2 lansung xde.
maner pergi lg generasi muslim muda yg berminat utk menyertai aktiviti yg amat penting ketika zaman kembangkitan islam dahulu.????

2 Ramadhan 2009

sahur hari nie mkn benda best.
mkn burger iqbal klas 2 umar.
maksud nyer burger kambing laa.
ana beli pd hari smlm nyer kat jusco.
rase die mcm rase iqbal,x de laa.
rase die boleh tahan laa,ana ckp mcm tu sbb ana suker mkn kambing (hehehe,siap la kau iqbal).
hari nie ana ikut mak ana pergi bazaar.
cicit sesak nyer bazaar tu.
nak beli makanan pun susah.
ana terpaksa memaksa2 diri ana yg berbadan besar (tough) bkn gemuk (lawak..sedar laa diri skit) utk melalui kawasan tu.
last2,mak ana beli murtabak dgn kuih cara jer.
mak ana ckp lain kali kalau nak beli kena keluar awal skit.
hari nie juga lain skit,dah muler ramai familiar face yg hadir solat terawikh kat surau.
kawan2 ana muler ramai dtg,yg paling dinanti2 kn muhammad.
tadarrus mlm nie pun muler ramai org join.
yg best nyer ana dpt join halaqah yg digelar 'group usain bolt'.
nak tau sbb aper?
sbb nyer halaqah tu lah yg paling cpat sekali habis time tadarrus.
ana hanyalah 'ahli simpanan' jer.
ana dpt join sbb salah satu ahli utama diorg x dpt hadir
diorgb ramai lg ahli yg bertukar ganti.
diantaranya abang ana,abang nuar and abang wan.
bile lah ana dpt sambung legasi nie nanti....

Friday, August 21, 2009

sambungan:drama ayat2 cinta versi 2 abua

babak 3

tempat:hospital sakit jiwa

Nur Ariff dan Polis itu berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam wad masing-masing.Nur Ariff yang dalam keadaan senget itu tiba-tiba tersedar sesuatu yang sangat penting.Siapa Polis yang dia baru berbicara tadi?Kenal dah lama,tapi masih tak tahu siapa dia.
Dengan takdir Allah,mereka berjumpa sekali lagi di kelas pemulihan mental.Di sana mereka memberitahu identiti yang sebenar.Waktu ini minda mereka telah pun baik cuma berpotensi untuk kembali jadi gila semula.

Nur Ariff:Siapa nama kau yea???
Polis:Nama aku Natishu,panggil Tishu jer.
Nur Ariff:Dulu aku ada kenal seorang budak perempuan yang boleh tahan gonjeng juga lah di sekolah dulu.Nama dia hampir sama dengan kau...hurm,tak berapa ingat laa tapi dia anak cikgu,duduk sebelah budak yang duduk belakang Haziq yang kita campak hari tu.

Tatkala mereka teringat kisah tragedi di Sungai Ramal hari tu,kedua-dua mereka jadi gila semula.

Sementara di Mesir,Haziq masih berada di dalam keadaan terkejut kerana telah koma selama 3 tahun.Pada hari yang sama datang Lelaki yang bertopeng dan Wanita berqurdah menjenguk dia.

Lelaki bertopeng:Nama saya Phantom,panggil saya Bluegonj.
Haziq:Baik lah Bluegonj.
Wanita berqurdah:Nama saya Aisyah,pernah nampak tak saya keluar wayang cerita "Ayat-Ayat Cinta"?
Haziq:Tak pernah dengar pun,mesti tu cerita murahan kowt.

Kembali ke Hospital sakit jiwa yang menempatkan Nur Ariff dan Tishu.

Tishu:(Dengan suara yang mengilai-ngilai) Haziq....Haziq...Haziq....Tak sanggup aku nak ingat hingus yang terkena pada tangan aku hari tu.Di sebabkan tulah aku masuk sini.

Nur Ariff muncul.

Nur Ariff:Kau pikir kau sorang jer yang jadi macam tu,aku pun sama laa.Sawak lu mat...
Tishu:Kau tak paham.Sebabkan kejadian tulah nama aku aku tukar.Nama aku 'Tishu' sebab aku selalu terfikir jikalau aku bawa tishu hari tu,mesti aku tak payah ikut kau buang Haziq dalam Sungai Ramal dan aku tak kan masuk ke sini sebab gila pikir kan kesilapan tak membawa tishu pada hari tu,aku boleh guna tishu untuk lap hingus dia.Kenapa-kenapa aku tak bawa tishu hari tu!!!!!!
Nur Ariff:Lepak laa.

Sedang asyik mereka berbual,datang seorang doktor kepada mereka.Doktor itu mempunyai kepala yang berbentuk seperti nanas.Nama doktor itu Ridzwan.

Nur Ariff:Doktor!!!
Ridzwan:Ya saya.
Nur Ariff:Ada orang gila merata-rata di sini.Tolong saya!!!!
Ridzwan:Baiklah encik,biar saya bawa encik ke 'tempat yang istimewa'.
Nur Ariff:Ke mana?
Ridzwan:Ikut saja lah.

Ridzwan membawa Nur Ariff ke taman haiwan yang ada di dalam hospital itu.Di sana terdapat banyak binatang.Nur Ariff kelihatan sungguh gembira.Dia melompat-lompat keriangan.Sementara Tishu yang masih menagis itu tiba-tiba digigit oleh sesuatu yang Tishu panggil 'itik'.

Tishu:Tolong!!!!Ada itik gigit saya.
Itik:Quack-quack.
Nur Ariff:Dah sah gila,yang gigit tu pun gila,dah jadi manusia nak jadi binatang pergi gigit-gigit orang,yang seorang lagi kata manusia tu itik.Gila-gila.
Ridzwan:Encik Hadif,sila lepas kan jari kaki cik Kain Lap Meja.
Tishu:Bukan Kain Lap Meja laa,Tishu,eja T.I.S.H.U.
Ridzwan:Tak penting laa cik Sapu Tangan.
Tishu:(Sambil menangis)Bukan Sapu Tangan,Tishu laa.

Tishu dengan perasaan marah mengheret Itik yang bernama Hadif untuk menuju ke arah Ridzwan untuk menggigit Ridzwan kerana salah sebut nama Tishu.Sebelum Tishu mendapat peluang untuk mengigit Ridzwan,Ridzwan dengan pantas bergolek-golek seperti sebiji nanas mengigit jari kaki Tishu.Tishu yang tak nak mengalah membalas gigitan Ridzwan dengan menggigit telinga Ridzwan.

Berlakulah pergaduhan gigit-menggigit antara Tishu,Ridzwan dan Hadif.Namun,pergaduhan itu dapat dihentikan oleh seorang Pejuang Jihad yang berani untuk bergaduh dengan mereka semua.Pejuang Jihad yang sedang menaiki sebatang penyapu magis yang dibawa oleh seorang perempuan yang mengelar diri nya Chamseeker.Chamseeker membawa penyapu itu dengan sungguh mahir sama seperti cara Harry Potter dalam cerita Harry Potter membawa penyapu terbangnya.

Kembali semula ke Mesir.

Semasa Haziq sedang berbual dengan Bluegonj dan Aisyah,datang seorang doktor untuk mengetahui perkembangan Haziq.Doktor yang kacak yang bernama Afnan itu sungguh baik.Dia merawat Haziq dengan penuh berdedikasi.

Afnan:Macam mana keadaan Haziq?
Haziq:Elok saja.
Afnan:Esok Haziq akan menjalani suatu pembedahan otak,kerana otak Haziq ada ketumbuhan yang serius.Haziq di minta untuk banyak-banyak bertaubat malam nie sebab takut esok Haziq mati.
Haziq:'Terima Kasih' laa sangat doktor,'tenang sikit rasa takut nie'(bercakap dengan suara yang sinis mengutuk).
Afnan:Pembedahan akan dilakukan oleh doktor yang cekap.Nama nya Amir Ridwan.Dia adalah pakar Neurologist terbaik di dunia.Dia pernah membedah kepala seorang lelaki yang lansung tidak mempunyai mata,hidung malah mulut.Namu disebabkan dia hebat,pesakit tu terus ada mata,hidung malah mulut.Tapi,dia nie selalu merendah diri,setiap kali pembedahan nya berjaya dia mesti cakap yang semua tu rahmat Allah.

Bersambung.....

Sunday, August 16, 2009

sambungan:drama ayat2 cinta versi 2 ABUA

babak 2

tempat:Sungai Ramal
Mesir

3 Tahun kemudian

Lampu pentas dinyalakan ke arah hujung pentas dan Haziq ditolak perlahan-lahan masuki ke atas sambil lampu pentas terus dinyalakan kearah Haziq.Pentas diterangkan dan muncul seorang lelaki yang bertopeng dan berjubah hitam.
Lagu 'The Phantom Of The Opera' dimainkan

Jenazah Haziq yang tidak berkaki itu hanyut jauh ke tengah lautan luas di bawa oleh arus yang deras.Haziq telah hanyut dari Sungai Ramal hingga ke Lautan Hindi.Dari Lautan Hindi,Haziq terus terhanyut masuk ke lembah Sungai Nil di Mesir.Di sana,Jenazah Haziq telah dijumpai oleh seorang lelaki yang memakai topeng muka berwarna putih yang menutupi seluruh wajah lelaki itu.Tiba-tiba,tatkala lelaki bertopeng itu sedang mengangkut Haziq naik kedaratan,terdengar suatu bunyi.

Lelaki bertopeng:Bunyi apa tu?Bau apa pula nie?Bapak busuk

Rupa-rupa nya ia adalah bunyi kentut Haziq.Pada saat itu lelaki bertopeng itu dapat tahu bahawa Haziq masih hidup.Dia membawa Haziq ke hospital berdekatan untuk memberi Haziq rawatan.

Sementara di Kajang,yakni negeri di mana di dalam nya wujud nya Sungai Ramal tempat peristiwa bersejarah terhadap Haziq berlaku.Nur Ariff masih berada dalam keadaan rasa bersalah.Nur Ariff menyesal kerana menolak Haziq masuk ke dalam Sungai Ramal untuk dicuci.Tidak kurang beza nya polis wanita yang terlibat dengan Nur Ariff menolak Haziq masuk ke dalam Sungai Ramal.
Pada suatu hari,mereka terserempak di sebuah hospital sakit jiwa.

Nur Ariff:Eh,bukan ke engkau polis yang hari tu?
Polis:Yelah,engkau yang tolak Haziq ke dalam Sungai Ramal tu.Apa kau buat kat sini?
Nur Ariff:Aku sekarang nie doktor kat sini.
Polis:Aku pun sama,serupalah.
Suara Pembesar Suara:Diminta semua doktor bertenang kerana terdapat dua orang pesakit mental yang terlepas keluar dari wad sakit jiwa tahap kritikal yang menyamar sebagai doktor sedang merayau-rayau di hospital ini sekarang.
Nur Ariff:Apa yang sedang berlaku?
Polis:Ntah laa.Diorang cakap ada orang sakit jiwa terlepas.
Nur Ariff:Tak kisah laa,bukan ker kau dulu kerja polis.
Polis:Memang aku polis.Aku pun perdana menteri.Mak aku yang hantar aku naik kereta ambulance dengan baju yang tak ada lubang untuk keluar tangan untuk bekerja di sini.
Nur Ariff:Samalah macam aku.Tapi,aku lain sikit,aku bukan mak aku yang paksa tapi aku terpaksa bersembunyi dari kejahatan seekor raksasa yang cuba makan aku.
Polis:Eiii....bahaya nya.Nasib baik kau masuk sini sebab sekurang-kurang nya kau selamat daripada dimakan raksasa tu.Tapi,di sini pun tak selamat jugak sebab ada orang gila terlepas.
Nur Ariff:Betul-betul.
Suara Pembesar Suara:Perhatian,jika sesiapa menjumpai seorang lelaki yang bercerita tentang dirinya yang sedang bersembunyi daripada dimakan raksasa dan seorang perempuan yang mengaku dirinya seorang polis,perdana menteri serta doktor,sila laporkan ke unit keselamatan kerana merekalah orang yag sakit mental yang dikehendaki.
Nur Ariff:Ada jugak orang yang cakap dia akan dimakan oleh raksasa,pelik betul,orang tu mesti gila.
Polis:Orang yang cakap dia tu polis,perdana menteri dan doktor tu pun mesti orang gila.

Di mesir....
Haziq terjaga dari katil di hospital.Dia ternampak seorang perempuan yang berqurdah dan seorang lelaki yang bertopeng.Mereka kelihatan seperti orang tempatan.

Haziq:Dekat mana aku nie?
Lelaki Bertopeng:?????Ma tatakallamu??
Haziq:Orang Arab rupa nya dia nie.Macam mana nak cakap 'kat mana aku sekarang' dalam bahasa arab ye?Haa.....ismah li biddukhul?
Lelaki bertopeng:?????Do you know how to speak arabic ?
Haziq:Laaaa,bahasa inggeris pula.Macam mana nie??????

Lagu 'Revolusi' dimainkan.
Pentas digelapkan.

Bagaimanakah kehidupan Haziq selepas ini?Apakah yang akan berlaku kepada Nur Arif dan polis itu?Siapakah Lelaki Bertopeng dan Wanita berqurdah yang telah menyelamatkan Haziq tadi?

Bersambung........

Saturday, August 15, 2009

drama ayat-ayat cinta versi 2 ABUA

watak:
semua pelajar 2 ABUA

Babak 1

Tempat:Di tepi Sungai Ramal

Lampu pentas dihalakan ke arah Nur Ariff dan Haziq.Bunyi desiran air sungai mula menyelubungi pentas.

Nur Ariff:Tanpa Sungai Ramal,tak kan ada SMKA Maahad Hamidiah
Haziq:Apa yang kau merepek ini Ariff?
Nur Ariff:Saja nak bermonolog bersendirian tak kan kau nak marah kowt.
Haziq:Arghhhhh!!!!!Aku sakit telinga dengan ayat kau.Macam-macam benda nak keluar dari mulut aku rasanya.
Nur Ariff:habis tu,tunggu apa lagi,keluarkan jelah.
Haziq:Wuek....wuek...(bunyi muntah).Hifgm...hifgm...(bunyi hingus sedang dihembus keluar)
Nur Ariff:Eiiii.....bapak jijik.

Tiba-tiba,lalu sebuah motor yang laju meluru ke arah Haziq yang sedang bergembira bermain dengan hingus nya yang meleleh itu.

Kebaboom!!!!(bunyi satu pelanggaran antara Haziq dan penunggang motosikal tadi)

Nur Ariff:Haziq!!!!!!!
Haziq:Ariff,ampuni segala dosa aku terhadap kau.....aku rasa aku tak kan dapat hidup lagi....lari-lari!!!!!

Lagu 'Doa Perpisahan' dimainkan

Nur Ariff:Jangan mati dulu!!!!
Haziq:Laiilahaillallah...(diiringi dengan nafas yang kuat seolah-olah ia hembusan nafas terakhir)
Nur Ariff:Jangan mati dulu...Sekurang-kurangnya lap lah dulu hingus kau,kalau tak nanti semua geli nak angkat jenazah kau.
Haziq:Ohhh,terlupa pula.

Haziq mengelap hingusnya dan mati semula.

Nur Ariff:Mana pergi penunggang motor tadi?Baru jer langgar orang,terus lari.Sekurang-kurangnya cucilah dulu hingus Haziq.Dah laa langgar waktu Haziq tengah kotor,lepas itu pergi jer terus tanpa cuci dulu hingus Haziq.Ini namanya tak bertanggungjawab.

Ni...no...ni...no...(bunyi siren kereta polis)

Nur Ariff:Cik,tolong saya angkat jenazah ni.
Polis:Apa?Kau suruh aku angkat jenazah yang berhingus nie?Kau melawak ke?
Nur Ariff:Habis tu,tak kan nak biar jer jenazah nie kat sini kowt?
Polis:Takpe-takpe,kita cuci dulu jenazah nie dekat Sungai Ramal dulu,lepas tu baru angkat dia.
Amacam?
Nur Ariff:Tak de hal.

Mereka mengangkat jenazah itu perlahan-lahan untuk direndam ke dalam Sungai Ramal,Nur Ariff yang bajet hebat itu mula menunjukkan kekuatan nya untuk mengangkat Haziq yang seberat 90 kilogram sendirian.Mentang-mentanglah polis itu seorang perempuan,mula lah Nur Ariff tunjuk power.

Nur Ariff:Ish....berat nya,tolak jerlah.
Polis:Kalau dah tolak,macam maner nak ambik balik karang?
Nur Ariff:Takpe,kita tolak perlahan-lahan sambil pegang kaki dia.
Polis(dalam keadaan kebingungan bercampur kagum dengan cara Nur Ariff terang kan).Ok.

Jenazah Haziq ditolak perlahan-lahan.Ditenggelamkan jenazah haziq itu beberapa minit.Selepas beberapa minit,Nur Ariff menarik kaki Haziq yang dipegangnya untuk diangkat semula ke daratan.Namun,jenazah Haziq telah hilang.Rupa-rupanya Nur Ariff hanya memegang kaki palsu Haziq.Jenazah Haziq telah hanyut.Nur Ariff dan polis tadi berada di dalam keadan yang resah.
(Lagu 'What I've Done nyanyian Likinpark' dimainkan

Bersambung......

Nak tau sambunag nyer?
kena rajin laa bukak blog ana...


Friday, August 14, 2009

Kehilangan......

jumaat 14 ogos 2009

hari nie,
seorg lg ustaz yg ana sanjung tlh pergi meninggalkan Maahad Hamidiah.
terus hilang menjadi sejarah sperti ustaz2 dan guru practical ana yg lain.

di bawah nie nama2 ustaz2,usatazah2 dan cikgu2 practical ana yg dah pergi .

ustaz mat razali.
ajar ana PAi dgn B.Arab time form1.
sempat ajar 3 bulan jer.
die slh sorg ustaz yg ana rase seronok biler tanyer soalan yg jarang2 ditanyer oleh plaja form 1.
byk jawapan yg ana cari2 diperoleh dr ustaz nie.

teacher marina.
ajar ana BI waktu form 1.
yg best nyer cikgu nie sbb die slalu bg 'habuan' utk kitorang.
setiap mase masuk mesti bg guler2.
ckigu nie baru kahwin.
ana dijemput (satu klass 1 abk dijemput).
tp,ana x leh dtg.

cikgu abdullah (dollah)
cikgu nie paling best utk tahun nie.
die ajar bdak putera KH.
die nie best sbb cikgu anggap kitorang mcm kawan2 die.
biler cikgu nie nak disemak oleh professor die,
die akn bg 'habuan' kat kitorang.
disbb kan ader habuan,semangat nak blaja bertambah2.
lg best,waktu majlis perpisahan die belanja kitorang mkn.

miss nurul.
teacher Bi ana.
setiap kali masuk klass mesti akn dpt guler2.
x menyesal lah blaja dgn die.
tp,cikgu nie sempat ajar ana sekejap jer.
kalau ajar lg lame mesti ana akn menjd lebih gemuki dr sekarang,dah hari2 dpt guler2.
mungkin cigu nie bukak kilang guler2 kot,sbb tu setiap hari bg guler2.

ustazah nadiah.
ustazah yg ckp loghat terengganu.
ana seronok dgr ustazah nie ckp.
bahasa die mmg best.
dgn logjat nyer,susunan ayat nyer dan intonasi ayat nyer.
usatazah nie pun suker bg guler2.
ustazah nie dah byk bg kat ana dan kwn2 yg lain pengetahuan yg tak de dlm buku tesk.

ustaz ahmad.
die ajar PAI.
sekejap jer blaja dgn die.
x sampai 2 bulan pun.
tp,masih best.
sbb bahasa die pelik jd kitorang smua suker ketawa dgr bahasa die.
ustaz nie pun slalu bg information yg baru kat kitorang.

begitulah kehidupan kiter.
setiap mase kiter akn berpisah dgn seseorg.
tidak hari nie mungkin esok.
hari berganti hari,
masa berganti masa,
pagi bersilih ganti,
malam bersingkap sepi.
biler2 jer boleh jd hari perpisahan kiter dgn seseorg.
seseorg tu mungkin akn berpisah pergi meninggalkan kita dgn kiter utk selama2 nyer atau utk seketika.
dan,mungkin juga kiter yg akn berpisah dgn mereka dgn kita meninggalkan mereka utk selamanya.

oleh itu,hargailah setiap maser kiter dgn die.
bkn dgn si dia.tu x yah ader pun x per,x mati nyer.....
tp,dgn guru2 kita,rakan2 kita,saudara mara kita,adik beradik kita dan ibu bapa kita.

selamat tinggal,pada semua,
terpisah kita selamanya,
kita tak sama nasib di sana,
baik kah atau sebaliknya.....

Thursday, August 13, 2009

Monggol !!!!!! selamat kan diri !!!!!!!

Monggol,
satu kuasa yg cukup besar.
cukup besar buat orang islam.
satu catatan sejarah yg hitam.
satu pengajaran bg yg mereka sdg tenggelam.
tenggelam dalam mimipi2 yg kelam.

siapakah manusia2 yg bergelar monggol ini?
mereka adalah bangsa yg amat mahir dlm bidang peperangan dan berkuda.
malahan lebih hebat dari islam.
sejarah tlh menceritakan kekalahan umat islam di tangan monggol.

apakah punca kekalahan itu?
punca nye tidak lain dan tidak bkn adalah disbbkan oleh kelemahan umat islam sendiri.
umat islam pd ketika itu amat angkuh,sombong dan terlalu berbangga dgn kejayan silam.
ya,mmg tidak dinafikan bahawa islam adalah kerajaan yg paling hebat pd mulanye.
namun,kejayaan itu tlh membutakan mata2 umat yg seterusnya.
seperti yg dpt kita lihat sekarang.
slps kemenangan islam berlawan dgn kerajaan rom dan parsi,umat islam mula utk mengamalkan sikap malas.
mereka malas utk terus membangunkan negara islam.
malas utk mendalami lebih byk ilmu yg penting utk kemashlahatan dan kepentingan umat islam.
malas utk terus memupuk semangat berjuang utk islam.

islam dikalahkan oleh monggol dgn begitu mudah.
mmg islam bkn lah saingan utk monggol.

apakah kita mahu mengulangi sejarah yg same?
apakah kita mahu mengalami nasib yg same?
apakah kita mahu dikalahkan dlm keadaan yg same?

RENUNGKANLAH.....

Tuesday, August 11, 2009

hari2 yg menggembirakan.....

"Argh.......Allahuakbar......astaghfirullah......,alamak dah lewat"
itulah ungkapan yg ana selalu katakan tatkala bangun pagi pada setiap hari.
sejak dr form 1 ana sebut ayat yg same.
mungkin dah terbiasa.

11 ogos 2009,

namun,pada hari ini ,ana still ucap benda yg same.
tp,pd hari nie ana btul2 mmg dah sungguh lewat.
dah la baju sekolah belum gosok lagi,jam dah pukul 6.45 pagi,
buku x kemas lg,air botol x isi lagi,tp nasib baik mandi dgn sembahyang dah selesai.
beRgegas ana menyiapkan semua keperluan ke sekolah.
buku yg pd malam smlm ana study ana main masuk jer dlm beg tanpa ikut susunan sbb buku2 tu bersepah sangat sbb ana study pukul 2-4 pagi td. (wah,rajin nyer anak encik ahmad affandi nie,study pagi2)
jam menunjukkan pukul 7 pagi,kakak ana masih terhegeh2 lg pakai tudung.
ana dah naik cemas sbb ana x pernah kluar rumah pukul 7 pagi.
ana dgn kakak ana bergegas naik kereta kelisa student mak ana.
ana dkt dlm kereta menggunakan kesempatan utk tidur.
mujurlah ana sempat sampai ke sekolah.

kat skola,mcm biaselah blaja.
hari nie dpt kertas math.
hahahaha,ana terasa bangga yg sangat hari nie sbb dpt kalahkan amir ridwan.
tp,ana malu sbb dikalah kan oleh Amad.
hari nie pun dpt kertas sejarah.
x pasal2 ana jd bhn contoh kecuaian oleh puan maryam sbb ana salah pd soalan yg ana dah hitamkan yg btul tp tukar ke jawapan yg lain yg salah.
x abis2 nama ana naik

"Ye Haziq,kamu dah jawab btul lps tu pergi tukar,terus jawapan yg mengarut.Berapa banyak yg kamu buat mcm tu?"

ana x taulah sbb ape ana nak ckp hari nie best.
sebenarnye,hari nie mmg ade bende best pun cuma memori ana x dpt nak sambungkan kepingan2 yg hilang,sng citer terlupa lah.

sebenarnye,ape yg ana nak ckp kat sini ......
mesti korang smua boleh agak kan ape yg ana nak ckp.
alah,same jer mcm post2 sblm nie.

baiklah,
kita ade mase nyer berasa sangat gmbira.
kita rase bagai x de masalah melanda sdgkan ader masalah yg byk.
nie smua hanya ader 2 maksud.

pertama,kegembiraan ini adalah kurniaan Allah yg tlh diberikan sbg balasan kpd hamba Nya yg beriman.
same seperti khabar gembira yg diberi kpd manusia jikalau manusia buat kebaikan.
kan kita selau nampak dlm al-quran yg Allah berfirman dgn menybut 'khabar gembira'.
firman Allah:

"Dan Kami pasti menguji manusia dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan, berilah khabar gembira kepada orang2 yang bersabar"

ayat di atas menunjukkan bahawa manusia pasti diuji dan bg org2 yg bersabar pasti akn diberi khabar gembira dari Allah.

kedua,kegembiraan yg berpunca dari hawa nafsu.
syaitan akan menghasut manusia utk terus berhibur atau bergembira sehingga lupe kpd Allah.
syaitan memberi kegembiraan kpd manusia agar terus bermain dgn hartanye tanpa digunakan ke jalan Allah,disuruh berzina,ditutup matanya dari mengetahui masalah2 yg dihadapi umat islam yg lain dan lain2.

kesimpulannya,setiap manusia akan sentiasa dihadapkan kpd die 2 pilihan.
pilihan utk melakukan kemungkaran atau pilihan utk melakukan kebaikan.
oleh itu kite mestilah bijak memilihnya.
JGNLAH KITA SESAT DARI PETUNJUK HIDAYAH YG MAHA KUASA.....

Saturday, August 8, 2009

sedar laa plaja Maahad Hamidiah 2......

ish....
nie satu lg post yg agak berat utk di publish kan.
tp,demi kebaikan kwn2 ana,ana terpaksa buat sekali lg....

wahai plaja maahad hamidiah,knp korg suker berbangga dgn skola maahad yg sekarang nie?
tidakkah antum smua ingat peristiwa yg teruk yg tlh berlaku di maahad?
bkn pasal histeria yg dah melanda hari tu tp kerosakan akhlak plaja2.
korg sumer suker bangga dgn benda yg menaikkan nama sekolah mcm sejarah maahad hamidiah,kejayan pencapaian dlm bidang akademik dan kokurikulum skola dan mcm2 lg.
namun,korg sumer merahsiakan malah yg paling teruk melupakan serta melenyapkan masalah2 ttg kerosakan akhlak plaja2 dr catatan memori dunia.
adakah korg malu dgn nyer?
itu sudah pasti korang malu...
saper x malu dgn kecacatan yg ader.
di sini,ana nak bukak smua cerita tu.
nak ingatkan kpd plaja2 maahad hamidiah.
nak sedarkan plaja2 maahad hamidiah ttg perkara sebenar yg tlh berlaku.

tahukah plaja2 smua,
pernah berlaku sebuah demonstrasi di maahad hamidiah.

pasal rokok pulak,x yah citer pun smua bdak tau tp buat 2 x tau.

pasal ber'couple',yg nie mmg dah melarat kat skola maahad hamidiah sekarang.
plaja2 makin berani nak bermesej2 cinta bkn benda penting,bersurat2 cinta bkn surat amaran utk bertaubat,malahan paling teruk siap pas2 dan hantar2 gambar-gambar diri kat pasangan yg diorg gelar 'pakwe and makwe'.

pasal akhlak dlm pergaulan pulak,
mmg makin menjd2.
x tau lah ape punca nye tp yg pelik nyer plaja2 maahad hamidiah skrang dah x tau malu.
perangai mcm bdak yg x pernah blaja agama.
mcm bdak yg x pernah pergi ceramah agama.

yg si perempuan tergedik2 di dalam kelas.
bercakap kuat sajer nak tarik perhatian org.
ketawa kuat2 mcm nak bajet lawa.
merayap2 jln ke setiap klass bkn utk release tension ker,tanyer something ker tp sbb nak pampang muker dkt org ramai,nak tunjuk yg die tu cun,sng citer bahasa yg kitorang guna 'mencapup'.
lg dahsyat,kacau bdak laki(mcm gurau2 gedik laa) .
yg si lelaki pulak x habis tunjuk diorg hebat utk pikat perempuan.
x habis melaung2 nama perempuan utk ambil perhatian.
halang jln bdak puteri.
sebut2 psl die punyer rupe lah,perangai lah dan yg paling teruk skali mmg sungguh teruk citer psl characteristic of their body (berjaga plaja puteri smua sbb ade bdak laki yg perangai die seteruk setan)
x jaga pandangan biler berjln.

astaghfirullah....

sedar laa plaja2 maahad hamidiah.
kita sekarang nie dah terpengaruh dgn hasutan syaitan

ana jamin mesti lps nie akn ade org komen dan ckp yg smua tu tipu.
ana nak bg tau yg saper ckp smua benda nie tipu,sesungguhnya mata die dah ditutup dgn nafsu.
die x mahu mengaku kesilapan yg tlh dilakukan,mungkin juga die terlibat dgn masalah2 td.
kalau antum nak ckp yg ape ana tulis salah,sila jawap permintaan ana nie

tunjukkan bukti bahawa ana menipu.ana x perlu utk tunjuk bukti yg ana nie benar sbb buktinyer terpampang di dpn mata.saksi2 ana beratus-ratus.

peringatan!!!!
bkn smua plaja maahad hamidiah yg bermasalah tetapi cuma kebanyakkan nya.
x ana nafikan ade juga plaja maahad yg sungguh baik.tahniah kpd plaja2 tu krn antum tlh membuktikan bahawa bkn smua manusia same.masing2 berbeza.ade yg beriman dan ade juga yg kurg iman nyer.

ana mintak maaf atas kekasaran bahasa ana.
nie bkn suker2 utk mengutuk tetapi utk sedarkan para plaja maahad hamidiah ttg kebenaran.
kebenaran tetap kebenaran.
tiada ape dpt menghilangkan nye.

ya Allah,berikanlah hidayah kpd kami dan sekalian hamba Mu.

Wallahhu'alam

Friday, August 7, 2009

sedar laa pelajar Maahad Hamidiah....

ish.....
sbnrnya ana rase bersalah nak tulis benda nie.
tp,demi menyedarkan plaja2 maahad hamidiah..ana terpaksa.
ana slalu pelik sbb ape masyarakat islam zaman skrang nie bangga sangat dgn masa lalu.
sdg kan benda tu dah lame berlaku.
contohnye zaman kegemilangan islam.
smua org islam,org melayu dan org ramai bangga dgn sejarah tu.
biler dgr cerita diorg bersorak.
biler diorg tgk org kafir bina teknologi yg canggih giler mesti diorg akn ckp
"ek eleh....org islam zaman dulu yg cetuskan idea tu"....
tp,adakah kita lupe yg islam 'pernah cetus kan' bkn sedang mencetuskan.

lupekah kita yg sekarang kita bkn di zaman tu lg.
lupakah yg kita sdg berada di abad ke-21 dan bkn abad ke-11.
kita skrang nie sdg ditindas.
kite skrang sdg dijajah dr segi mental dan fizikal.
tp,korang still boleh lg ungkit kejayaan yg dah berlalu malahan bkn kejayaan yg kita lakukan.

ape kaitan nye dgn plaja maahad?
di sini,ana nak ckp yg
sedarlah bdak2 maahad hamidiah yg leka bermain dgn masa silam,mmg maahad hamidiah dahulu sebuah skola yg hebat,namun LIHAT APE YG BERLAKU SEKARANG!!!!

pandanglah ke hadapan.
tiada guna menangguk di air keruh.
x payah korang susah2 nak baca,hafal dan phm kisah2 para sahabat dahulu jikalau berniat utk berbangga dgn nya.
korang x layak nak bangga dgn kejayaan2 tu sbb
korang x terlibat lansung dgn kejayaan tu.....

binalah kejayaan korang sendiri.
binalah zaman kegemilangan korang sendiri.
binalah zaman kegemilangan maahad hamidiah yg baru sendiri.
binalah zaman kegemilangan islam yg baru dgn usaha kita sendiri.

pelajari sejarah utk mengambil iktibar dan bkn utk bermegah2...
"sesungguh nya setiap amal dilakukan dgn niat"
ingat...korang blaja sejarah utk ambil iktibar dari nya

Are your intentions alright?
Are you doing for Allah?
When you looking deep deep down inside,
do you have the right niyyah(intention)....

Wallahhu'alam

Thursday, August 6, 2009

sakit...oh sakit....

2 ogos 2009

uhuk,uhuk,uhuk
batuk ana nie makin menjd2.
setiap pagi mesti byk keluar kahak yg pekat dan berwarna kuning serta berasa kurang menyenang kan (eiii...kalau di ingatkan mesti rasa ,ntah laa tp x nak ingat).
bkn setakat batuk,selesema pun lebih kurang jer teruk mcm batuk.
yg 'paling menakjubkan',colour die pun same mcm kahak.
knp ana citer pasal nie?????
persoalan nya hanya akn terjawab di akhir perbicaraan nanti.....

4 ogos 2009

batuk dan selesema nie sungguh mengganggu kerja ana.
sampaikan setiap kali tgh jwb test mesti kena minx izin keluar utk buang hingus.
sbb tu kwn2 kat skola selalu nampak ana keluar klas byk kali.
paling memalukan adalah time jwb test math.
time tu cikgu zaiazman yg jaga klass 2abk.
pastu tanpa disangka2 ana terbersin sampai keluar hingus yg byk.
meleleh2 dgn byk.
ana terpaksa menutup hidung utk 'menhentikan' lelehan itu.
mujurlah cikgu zaiazman fhm keadaan ana dan beri izin kpd ana keluar tanpa bg tau dia dulu.

6 ogos 2009

alhamdulillah,
hari nie batuk ana kurang skit.
batuk tu masih batuk cuma x de kahak.
selesema pun kurang skit.
ini semua krn berkat doa dan rahmat Allah

seriously...
sebenarnya apa yg ana nak bg tau.
sbb setiap kali ana ckp something mesti ana nak bg tau sesuatu.
baik lah,mari 'kepala' (head) ke 'titik' (point)

kita sbg manusia mestilah sentiasa menjaga kesihatan diri.
kita bkn superman,batman,tomatoman atau kluangman.
kita hanyalah manusia yg lemah.
org mungkin akn berkata bahawa kita perlu berdoa sahaja krn penyakit itu dtg dr Allah.
ye mmg btul ttp kita mestilah berusaha utk menghindarkan penyakit tersebut.

firman Allah:

".....Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri......" (Ar-Ra'd :11)

ini jelas membuktikan bahawa Allah tidak akan hindarkan suatu penyakit sehingga kita menghindarkan penyakit itu sendiri.
namun,jikalau terkena penyakit juga walaupun kita tlh berusaha menghindarinya,tiada apa dpt menghalang dan kita harus meredhai nye.

sambungan firman Allah yg td:

".....dan jikalau Allah menghendaki keburukan kpd sesuatu kaum ,maka tidak ada yang dapat menolakknya dan tidak ada pelindung bagi mereka melainkan Dia (Allah)
(Ar-Ra'd:11)

oleh itu,kita mestilah menjaga kesihatan disamping berdoa kpd Allah utk memohon perlindungan.

Wallahhu'alam.....

Saturday, August 1, 2009

hari2 yg membosankan

1 ogos 2009

waa.........
boring nyer hari nie
ingatkan cuti jd bolehlah ana pegi pusing-pusing(ayat yg kakak ana selalu gunakan sebagai ganti istilah jalan2)
tp,tak dpt....
stress giler duduk rumah
mati kutu dibuatnya
pastu ana kena marah dgn mak ana sbb bilik bersepah sangat
waaaa!!!!!.........dah la tension dgn ujian minggu dpn pastu kena marah lg dgn mak
kenapa ana tulis benda mcm nie dlam blog nie?
sebenarnya,ana nak bg tau yg dunia nie bkn semua benda akan jd ikut kehendak kita.
Allah yg menjadikan dunia nie dan bkn milik kita utk jdkan setiap perkara sng bg kita.
kita mestilah bersyukur dgn apa yg kita terima pd setiap hari
walaupun ia pahit....mungkin masin skit.....
ana teringat ayat amir ridwan waktu die tegur sorng budak nie(namanye rahsia)

"semua benda kau ckp x best....,apa kau pikir dunia nie kau punyer ker.."

yg paling menakjubkan ttg ayat nie,
org yg amir ridwan tegur nie sebenarnye dah byk kali ana nasihat die utk berubah
tp,die x nak dgr
biler amir yg tegur guna ayat td,bdak tu terus berubah jd baik
subhanallah,
Maha Suci Allah yg telah menjd kan ayat amir ridwan itu sbg hidayah buat sahabat ana yg ditegur itu
astaghfirullah,
Maha Suci Allah yg mahu menyedarkan ana supaya ana cermin diri dan akhlak dahulu
sbb nasihat seseorg hanya dpt didengari oleh org lain biler hati org yg menasihati itu bersih dan mulia namun nasihat ana x didengari mungkin krn hati ana kotor

Segala pujian bg Allah Pemilik alam semesta