Wednesday, October 13, 2010

Perbezaan pendapat.....

jikalau dilihatkan post2 ana di facebook,
banayk post ana dipengaruhi oleh dua blog..



dua2 blog ini pada setengah pandangan mungkin dikatakan "Blog Wahhabi"...
ha3....
lawak apabila terdengar masih ada segelintir manusia yang berpendapat sebegitu...
kenapa mesti ada golongan 'Wahhabi'...
mereka nie selalu "memberi" ke..???

Asal usul nama wahhabi berasal daripada nama seorang pelopor gerakan tajdid
Muhmmad bin Abdul Wahhab...
gelaran 'wahhabi' diambil bersempena nama bapa Muhammad tersebut...
sebelum ana bercerita tentang perkara ini dengan lebih lanjut,
biar ana terangkan apa yang dimaksudkan dengan 'Wahhabi'

Wahhab= Memberi
Al-Wahhab= Allah Maha memberi
Abdul Wahhab= Hamba si Maha Pemberi

pengitlakan dengan menggunakan nama 'Wahhabi' berdasarkan nama yang terdapat dalam nama Abdul Wahhab yang perkataan 'wahhab' tersebut menunjukkan kepada nama Allah merupakan suatu tindakan yang dilarang dalam Islam..
dengan memasukkan nama2 Allah ke atas perbuatan manusia,ia telah menghina nama Allah..
oleh,jangan sesuka hati menggunakan istilah 'Wahhabi' dalam mengklasifikasikan perbuatan seseorang...

ramai yang sudah tahu,
golongan yg dipanggil 'Wahhabi' ini membawa suatu aliran yang dipanggil "Tajdid"
mungkin sesetengah manusia yang 'kurang berfikir' akan menganggap ia suatu aliran sesat..

SALAH..!!!!..TIDAK SAMA SEKALI..TAJDID BUKAN ALIRAN SESAT..

Golongan tajdid merupakan satu gerakan yang selari dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah...
malahan,golongan inilah yang banyak membawa kebaikan kepada sejarah Islam..
Gerakan Islah di Mesir merupakan salah satu agenda gerakan tajdid..
kita lihat hasil gerakan tersebut di Tanah Melayu...
perempuan yang sebelum ini tidak diberikan peluang belajar,dapat belajar seperti orang lelaki lain...
orang2 kampung yang selama ini mengganggap bahawa tiada guna belajar ilmu sains dan teknologi,terus bertukar pendapat bahawa ilmu sains dan teknologi merupakan tuntutan fardu kifayah....
kepercayaan seperti anak perempuan membawa sial dalam sesebuah institusi kekeluargaan yang terjadi ke atas komuniti masyarakat,telah berjaya dihapuskan oleh golongan tajdid....

walau bagaimanapun,
bukan semua mereka yang memakai nama 'golongan tajdid' merupakan seorang yang benar2 mengetahui akan perjuangan yang cuba dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab...
terdapat sesetengah orang yang mengaku memikul gelaran tajdid,dengan sesuka hati mengkafirkan orang lain kerana melakukan perbuatan bid'ah....

sebenarnya,
bukan ini yang cuba diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.perjuangan beliau pada zaman beliau hanyalah bersesuaian dengan zaman beliau sahaja...
beliau cuba menyuruh orang ramai agar mengikut amalan yang terdapat dalam Al-quran dan As-Sunnah...
kerana pada zaman beliau,orang ketika itu memang banyak melakukan amalan yang benar2 lari daripada syariah...

namun,
pada zaman ini,
amalan seperti solat sunnat Terawih sebanyak 20 rakaat bukanlah antara perkara yang cuba ditentang oleh Muhammad bin Abdul Wahhab..
beliau cuma ingin hapuskan segala amalan yang tiada nas dan dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah...
amalan bid'ah yang dilakukan oleh masyarakat pada zaman Muhhamad bin Abdul Wahhab amat berbeza dengan amalan yang "dipanggil bid'ah" oleh sesetangan orang pada zaman kini...

sebagai akhir kata,
perbezaan pendapat yang berlaku dalam aliran yang di bawa oleh golongan atau mazhab yang berbeza merupakan suatu nikmat kepada ummat Islam...
ini menunjukkan bahawa Islam itu boleh diamalkan di seluruh pelusuk dunia...
jangang kita menjadikan perbezaan pendapat tersebut sebagai pemisah antara seorang muslim dengan muslim yang lain...
itulah fungsi kira berkenalan dengan orang lain...

Wallahu'alam...
insya-Allah,perbucaraan ttg perkara ini akn disambung pada post yg akan datang.....

Tuesday, October 12, 2010

sejak sekian lamanya

fuyyo.....
dah lama x update blog...
ntah laa,ana rasa mcm x de org yg still active blogging je..
yg ana jumpe sorang je laa yg rajin lagi...
ha3....
semenka dua menjak nie...
ana rase sunyi laa plak..
rase mcm disisihkan oleh orang ramai....
tak tahu laa...
kawan2 kat skola semua x bleh harap..
setakat amir,kimie,paan,ajwad,fakhri,harith,skell,ikram je laa
yg lain,asal diorg minx nak belanja je baik...
......
........
.......
HAHAHAHAHAHAHAHA....
saper yg percaya cerita tu memang x kenal saper ana...
mane ade ana kesunyian...
semua orang baik jer dengan ana..
setakat gaduh2 tu,biase laa,adat bergurau...
kami sentiasa cool.....

THE END

p/s:post yg sajer ditulis dgn bahasa paling x kemas...sajer nak update post dan tunjukkan yg ana masih hidup...

Waallahhu'alam....