Friday, July 17, 2009

sahabat.....


sahabat..
yg ke-3 paling rapat dgn kita.
pertama yg paling rapat ialah Allah.
ke-2 keluarga.
siapakah sahabat sebenarnya?
jika tanpa sahabat hidup kita susah utk kita harungi.
kehadiran sahabat adalah suatu rahmat dari Allah.
sedangkan Nabi Muhammad sendiri mempunyai sahabat.
malah baginda mengharungi perjuangannya demi islam bersama sahabat2 baginda
di dalam al-quran juga ada menyebut ttg sahabat2 rasulullah

"dan sahabatmu (Muhammad) bukanlah gila" (surah at-takwir:22)

"kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya,iaitu ketika kaum kafir(di Mekah) mengeluarkannya dari negerinya(Mekah) sedang salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua,ketika ia berkata kepada sahabatnya:'janganlah engkau berduka cita,sesungguhnya Allah bersama kita'....."(surah at-taubah:40)

dua ayat itu menunjukkan bahawa para sahabat tidaklah gila apabila mereka mempercayai ttg agama yg dibawa oleh rasulullah serta kekuasaan Allah
ayat ini juga tlh menunjukkan kepentingan kehadiran sahabat kerana dlm ayat di atas ia menunjukkan keyakinan dan pengorbanan para sahabat termasuk pembelaan serta perlindungan Allah terhadap para sahabat
jikalau sahabat tidak penting mengapa ada disebut di dalam al-quran
sahabat juga merupakan saudara kita
krn Rasulullah menganggap para sahabat seperti saudara sendiri
kebanyakkan hadis nabi adalah diriwayatkan oleh sahabat
ini menunjukkan baginda mengasihi,rapat,baik dan menghormati sahabat2nya
oleh itu hargailah sahabat kita
krn ia mungkin akan membantu kita berjuang di jalan Allah
jikalau Rasulullah yg mulia itu mempunyai sahabat dan mengasihi sahabatnya,
siapalah kita ini utk menghina sahabat kita sendiri.
Wallahhu'alam

No comments:

Post a Comment