ape yg dimaksudkan dgn burung tersebut??
adakah bermaksud kita tak perlu belajar tinggi2 dan jadi burung??
atau adakah perlu kita kaji burung untuk jadi burung??
jawapannya mudah saja,
semestinya bertasbih kepada Allah.
Ia juga bermaksud mereka bertawakal kepada Allah.
Huraian:
Rasulullah menyamakan sebenar2 tawakal dengan burung kerana,
kita lihat tabiat burung,setiap hari burung akan cari makan.
burung akan tinggalkan sarangnya dan terbang jauh mencari makanan.
namun,sebelum mereka mulakan perjalanan,semestinya mereka telah bertawakal kepada Allah.
Itulah perbuatan mereka setiap hari.
bertawakal dan bertasbih kepada Allah.
oleh itu,
adalah menjadi satu kesalahan jikalau kita mengatakan bahawa setiap rezeki telah ditentukan dan tak perlu susah2 cari.
mungkin mereka menyangka bahawa Allah akan menurunkan rezeki dari langit tepat kepada mereka.
Kepada mereka2 yang seperti ini,ingatlah bahawa:
BURUNG YANG KERJANYA BERTASBIH DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SEPANJANG MASA TETAP BERUSAHA MENCARI REZEKI.BURUNG TIDAK PERNAH DUDUK DI SARANGNYA SEPANJANG HAYAT.
disebabkan itulah,tawakal yang sebenar bermaksud kita bertawakal kepada Allah di samping kita berusaha mencari apa yang kita hajati.
dan,jikalau kita melakukan sedemikian,nescaya kita akan mendapat rezeki sama seperti burung yang mendapat pulangan yang lumayan setelah penat mencari rezeki...
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'd:11)
Wallahhu'alam..
No comments:
Post a Comment