Saturday, November 20, 2010

Ekstremisme

apabila kita sebut tentang ekstremis,
apa agak2 nyer kita bayangkan..???
untuk mengecilkan lagi skop ekstremis nie,
ana ingin kalian melihat daripada sudut agama islam...

apa agak2 nyer yg dimaksudkan dengan ekstremisme dari segi Islam..???

akan muncul dua pandangan yang berkaitan terhadap maksud ekstremisme...
dan,pandangan ini ada dibicarakan dalam kitab karangan al-fadhil Yusuf al-qardawi.."
"Islamic awakening between rejection and extremism"...

ana takkan ulang bulat2 daripada buku tersebut..
tapi ana akan beri kesimpulan yang bersesuaian dengan suasana di Malaysia..
agar kalian mudah memahaminya..

Dua pemerhatian yang perlu dikaji

Aisyah r.a suka membaca sebuah puisi daripada Labid bin Rabia'h..
puisi tersebut menukilkan tentang perasaan Labid menyaksikan maksiat yang dilakukan ketika zaman beliau...
Aisyah r.a selalu bertanya kepada dirinya sendiri..
"sekiranya Labid menyaksikan apa yang telah terjadi pada zaman aku ini,mesti dia lagi berduka cita"...
Aisyah berkata seperti itu kerana terdapat beberapa amalan yang pada zaman Labid kelihatan seperti dosa,namun,pada zaman Aisyah,ia kelihatan biasa...
Hal ini jelas menunjukkan sekiranya kita hidup disebuah kawasan yang sentiasa dikelilingi oleh orang2 agamawan,sebarang tindakkan yang makruh mungkin sahaja boleh dipandang sebagai dosa..

puisi tersebut menunjukkan bahawa cara kita mengkategorikan seseorang adalah dipengaruhi oleh suasana kehidupan kita..

begitu juga sekiranya terdapat seorang lelaki yang selama ini hidup dalam suasana yang penuh kancah maksiat,dia akan mengatakan bahawa perempuan yang memakai tudung merupakan seorang yang berlebihan dalam agama atau dipanggil ekstremis..
malahan,terdapat kes yang lebih teruk lagi sehinggakan menegur seseorang supaya tidak melakukan kejahatan juga dipandang pelik dan ekstremis...

Kaitannya dengan ekstremisme

amatlah tidak adil,
bagi seseorang itu dituduh sebagai ekstremis,
hanya disebabkan orang yang menuduh tersebut terpengaruh dengan suasana kehidupan dirinya sendiri...
dan menilai tanpa menggunakan kefahaman yang jelas tentang maksud sebenar ekstremisme tersebut...

Kesimpulan..

kita tidak boleh menyatakan seseorang itu ekstremis hanya disebabkan pandangan dan kefahaman kita yang cetek terhadap maksud ekstremisme itu sendiri...

post ana pada kali ini hanya untuk menjelaskan apakah masalah yang berlaku di kalangan manusia sekarang ini yang takut dan gerun akan perkataan ekstremisme..
kerana mereka takut dituduh sebagai ekstremis..
atau mereka sendiri juga takut terhadap segala bentuk ekstremisme bedasarkan kefahaman yang cetek..

oleh itu,kita wajiblah mendalami maksud sebenar ekstremisme tersebut agar kita tidak sesuka hati melemparkan tuduhan ektremis kepada orang lain...
semoga dapat kita elakkan pergaduahn berlaku seperti yang terjadi terhadap kaum muda dan kaum tua...
tiada faedah yang dapat kita kecapi...

Wallahhua'lam...

No comments:

Post a Comment