Saturday, June 4, 2011

setelah ber...nak kata berbulan sudah semestinya berbulan..

ha3...
apakah yang terjadi..??
wadah perjuanganku ini telah menjadi sunyi sepi...
hilang tak dikenali..
wujud tanpa didengari...

ha3..
ana..weish..sampai dah rasa pelik nak guna ana...

ha3..
membuka blog ini bagaikan mengimbau kisah lama..
jikalau dulu,
tatkala ana masih di tingkatan 2..
hampir setiap hari,blog akan diupdate..
namun sekarang..
hmmm..hidup segan mati tak mahu....

dalam post kali ini,mungkin panjang..
sebab,post kali ini adalah post paling penting dalam hidup ana..
ini adalah WASIAT ANA...
yes,i really mean it..
recently,i realise that life is not as long as we thought..
we may die tomorrow or today..
nobody knows..
so,as a preparation,this 'MAY' be the last post from me..

wasiatku...

pertama sekali,
ana ingin meminta maaf kepada semua rakan2 ana..
terutamanya.
farhan amat tamiyes.kau aku dah kenal sejak pertama kali aku nak kenal ABC.
kita dah kenal lamakan farhan,aku masih ingat macam mana manjanya kau dengan mak kau.
kalau masa kita darjah 3,sebelum bunyi loceng,kau selalu tunggu dalam kereta mak kau.
mak kau kan cikgu sesi pagi kan..
kau dengan happy lepak dalam kereta mak kau,aku pun ikut sama sambil main game mainan happy meal.game sonic gear.
ha3,aku pun ingat lagi macam mana kau khianati aku sebab seorang budak perempuan..
ha3,tu memang salah aku pun buat budak tu nangis.
banyak kenangan aku dengan kau yang selama2nya takkan aku lupakan..
kalau ikutkan hati aku,nanti kalau sempat aku jadi tua dengan kau,biarlah kita dapat lepak2 minum kopi sama lepas tu borak benda2 yang mak bapak kita borak bila dah tua.

kepada amir ridwan,
kaulah kawan paling genius pernah aku kenal.
walaupun kadang2 aku genius drpd kau..(cehh,nak bega gak)..
kaulah orang pertama yang jadi cabaran dalam hidup aku sejak aku mulakan hari persekolahan dalam sekolah menengah.
kau jadi lawan aku dalam peperiksaan,tapi jadi teman dalam kehidupan.

kepada arif hakimi,
ha3...aku mengaku,aku dengan kau memang tak pernah sebulu..
masing2 nak ikut kepala sendiri..
tapi,aku rasa seronok ada 'musuh' macam kau..
ha3...aku minta maaf kalau kadang2 aku kecilkan hati kau..
aku harap kau maafkan aku..

kepada amirul arief
ha3..kau selalu cubit2 aku dalam kelas..
kau selalu buli aku..
tapi,aku pun selalu buli kau.
jangan risau mirip,rahsia kau akan terkubur bersama aku bila aku mati karang..
aku harap aku berpeluang nak belajar dengan kau..
best kena buli dengan kau..
paling best,aku dapat tahu rahsia kau...

ridzwan faiz,
ha3...nen,aku selalu gaduh2 dengan kau dulu..
kau aku dah anggap macam punching bag aku..
aku un dh jadi macam punching bag kau..
seronok dapat bergusti dengan kau..
aku harap,hal kita pukul memukul sesama sendiri tu jadi kenangan manis,bukan pahit..

ikram,
ha3..budak batak korea..
aku selalu ejek kau tak hensem..
aku gurau je laa..kau jangan terasa hati..
ejekkan aku tu saja je..
mesti laa pelik kalau aku cakap kau hensem..
ape gay ke aku nie...ha3

skell,
hoi rangka hidup..
kau dah macam badut dah aku tengok.ha3..tapi lawak..
maafkan aku kalau ada kata2 aku yang guris hati kau...

islah,
kau..kau..ha3..kau gila baik dengan aku..
dah 3 tahun aku sekelas dengan aku..
tak pernah sekali aku tengok kau dengan perasaan rasa nak ejek,tumbok, dan sebagainya(ha3,jahat gila aku)..
asal aku tengok sejuk mata memandang...alangkah indah kalau dapat bermenantukan kau..ha3!!!!!
kalaulah aku berpeluang hidup lama,aku teringin nak anak macam kau...

kepada ajwad,
CHD...ha3..
ajwad,aku rasa dengan aku aku paling banyak berdosa..
aku ejek kau...
kalau lah boleh aku tebus semua kesalahan aku..nak je aku tebus..
tapi aku tahu,aku takkan dapat tebus..ajwad,aku nak sangat minta peluang untuk tebus semua dosa aku..
aku memang banyak dosa dengan kau...aku harap,post ni dapat buka hati kau untuk maafkan aku..
aku tak nak mati dalam keadaan aku masih berhutang dosa dengan kau..aku minta kau maafkan aku ajwad...kalau kau nak,kau kecing laa atas kubur aku kalau itu satu2 nyer cara kau nak maafkan aku...

kepada kawan lelaki yang tak disebutkan disini..korang semua bukan tak rapat dengan aku..cuma aku tak mampu nak tulis pasal korg semua...aku nak minta maaf dengan korg semua kalau aku pernah sakitkan hati korang..aku takkan lupa kenangan Eminent 95 dengan akorg...aku bersyukor jadi satu batch dengan korang...Eminent 95 is the best...

bersambung...kalau ana sempat post..

1 comment:

  1. Aduhh... haziq da start tacing.. haha, cool jer la, aku ni bukannye jenis pendendam un, kalo da sampai malam nak tidur tu, confirm aku da cube sedape upaye memaafkan orang yg maybe ade buat aku saket hati ker aper en hehe, aku harap ko maapkan aku jugak ^^

    ReplyDelete