Friday, July 23, 2010

For the rest of my life.....

pernahkah kalian semua bertanya kepada ibu bapa kalian..
"kenapa mak lahirkan saya?"..
ana pernah tanya perkara yg sama kepada mak ana.
mak ana pun tak tahu macam mana nak cakap.
mak ana cakap,
mak ana rasa macam nak anak satu lagi..
ana memang pelik,mak ana boleh jer pakai IUCD(Intra-Uterine Contraceptive Device)
tapi,kenapa mak ana masih sanggup lahirkan ana..???
mak ana pun macam tak tahu nak cakap macam mane.
mak ana cuma cakap yang,
"Mak rasa macam nak anak satu lagi"..
namun ana tahu,ada satu sebab yg kukuh di sebalik jawapan mak ana tu...

tapi,
bagi ana jawapan tu masih tak lengkap.
ana nak tahu sangat kenapa mak ayah ana sanggup tanggung satu lagi beban.
semata-mata untuk bagi ana hidup.
hebat nyer kasih sayang sepasang suami isteri yang 'berani' memikul tanggungjawab yg amat hebat.

sebab itu laa,
ana nak teruskan hidup ini dengan berjaya.
ana nak ada family sendiri dan rasa bagaimana perasaan ayah ana ketika dia azankan ana.
ana nak rasa bagaimana nikmat nyer mendidik seorang anak yg mana perkara tersebut bukan calang-calang orang berani tanggung.

betapa hebat nyer Allah tentukan peraturan alam..
betapa kasih nyer Allah kerana mengurniakan kita hidup..

bukankah ia menjadi satu penyeksaan buat mak ana untuk melahirkan seorang anak?
namun,di atas nama Allah,ana lahir dan wujud dalam kehidupan mak ayah ana.

terima kasih mak dan abah,
kerana sanggup untuk menanggung ana..

For the rest of my life,i'll be with you
i'll stay by your side honest and true
till the end of my time,
i'll be loving you...

wallahhu'alam......

No comments:

Post a Comment