Saturday, July 10, 2010

Sotong Paul

bersempena FIFA 2010,ana cukup tak puas hati,
sebab subkhidin tak jadi referee utama...
kurang ajar orang eropah,pandang lemah kepada Asia.

tapi,bukan hal tu yang ana nak cerita sekarang nie.
ana nak cerita tentang sotong yang bernama paul tu.
semua tahu pasal Paul kan.
die telah meramal perlawanan yang melibatkan German.
dan paling memelikkan,kesemua ramalan paul kena.
itu yang menjadikan ana risau

sekarang,
dah ramai oraang percaya Paul ade kuasa ramal masa depan.
ana nak bagi peringatan

Urusan masa depan merupakan hak milik Allah yang mutlak.
kerana ia merupakan perkara Ghaib.
hanya rasul terpilih sahaja dapat mengetahui sedikit sahaja daripada masa depan.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."(Al-Hadid:22)

kita lihat pada ayat tersebut,
Allah berfirman bahawa setiap perkara yang berlaku semuanya telah tercatat di luh mahfuz.
dan sudah semestinya itu kerja Allah seorang seperti yang kita tahu bahawa kuasa Allah mutlak.

jadi,memang mustahil untuk seekor sotong mengetahui akan takdir yang telah ditentukan Allah.

"Katakanlah: "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang gaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan."(an-Naml:65)

lihat pada ayat tersebut,
Allah jelas menyatakan bahwa tiada satu makhluk pun di langit atau di bumi yang tahu akan perkara ghaib..

"(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang gaib itu.Kecuali kepada rasul yang diridai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya."(al-Jinn:26-27)

dengan jelas,
Allah terangkan kepada manusia.
hal2 ghaib Allah tidak akan tunjukkan pada sesiapapun.
hanya kepada Rasul sahaja
sebab tu Rasulullah tahu apa akan jadi pada umat Islam pada zaman sekarang.

"Daripada Abu Hurairah R.A berkata:bersabda Rasulullah S.A.W."Islam Mula tersebar dalam keadaan dagang(asing),maka ia akan kembali dalam keadaan asing.Maka beruntunglah orang yang asing tersebut.""(H.R Muslim)

memang benar sabda rasulullah,
sekarang dah ramai orang dah tak amalkan Islam yang sebenar,
hingga tak kisah untuk meletakkan kepercayaan terhadap makhluk lain hanya disebabkan perkara remeh.
ini merupakan ujian Allah buat manusia..

ingatlah saudara seperjuangan ana,
berhati-hatilah di dunia ini.
sama-samalah kita menegur satu sama lain agar kita terus selamat di dunia dan akhirat.

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Wallahhu'alam..




No comments:

Post a Comment