Friday, August 21, 2009

sambungan:drama ayat2 cinta versi 2 abua

babak 3

tempat:hospital sakit jiwa

Nur Ariff dan Polis itu berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam wad masing-masing.Nur Ariff yang dalam keadaan senget itu tiba-tiba tersedar sesuatu yang sangat penting.Siapa Polis yang dia baru berbicara tadi?Kenal dah lama,tapi masih tak tahu siapa dia.
Dengan takdir Allah,mereka berjumpa sekali lagi di kelas pemulihan mental.Di sana mereka memberitahu identiti yang sebenar.Waktu ini minda mereka telah pun baik cuma berpotensi untuk kembali jadi gila semula.

Nur Ariff:Siapa nama kau yea???
Polis:Nama aku Natishu,panggil Tishu jer.
Nur Ariff:Dulu aku ada kenal seorang budak perempuan yang boleh tahan gonjeng juga lah di sekolah dulu.Nama dia hampir sama dengan kau...hurm,tak berapa ingat laa tapi dia anak cikgu,duduk sebelah budak yang duduk belakang Haziq yang kita campak hari tu.

Tatkala mereka teringat kisah tragedi di Sungai Ramal hari tu,kedua-dua mereka jadi gila semula.

Sementara di Mesir,Haziq masih berada di dalam keadaan terkejut kerana telah koma selama 3 tahun.Pada hari yang sama datang Lelaki yang bertopeng dan Wanita berqurdah menjenguk dia.

Lelaki bertopeng:Nama saya Phantom,panggil saya Bluegonj.
Haziq:Baik lah Bluegonj.
Wanita berqurdah:Nama saya Aisyah,pernah nampak tak saya keluar wayang cerita "Ayat-Ayat Cinta"?
Haziq:Tak pernah dengar pun,mesti tu cerita murahan kowt.

Kembali ke Hospital sakit jiwa yang menempatkan Nur Ariff dan Tishu.

Tishu:(Dengan suara yang mengilai-ngilai) Haziq....Haziq...Haziq....Tak sanggup aku nak ingat hingus yang terkena pada tangan aku hari tu.Di sebabkan tulah aku masuk sini.

Nur Ariff muncul.

Nur Ariff:Kau pikir kau sorang jer yang jadi macam tu,aku pun sama laa.Sawak lu mat...
Tishu:Kau tak paham.Sebabkan kejadian tulah nama aku aku tukar.Nama aku 'Tishu' sebab aku selalu terfikir jikalau aku bawa tishu hari tu,mesti aku tak payah ikut kau buang Haziq dalam Sungai Ramal dan aku tak kan masuk ke sini sebab gila pikir kan kesilapan tak membawa tishu pada hari tu,aku boleh guna tishu untuk lap hingus dia.Kenapa-kenapa aku tak bawa tishu hari tu!!!!!!
Nur Ariff:Lepak laa.

Sedang asyik mereka berbual,datang seorang doktor kepada mereka.Doktor itu mempunyai kepala yang berbentuk seperti nanas.Nama doktor itu Ridzwan.

Nur Ariff:Doktor!!!
Ridzwan:Ya saya.
Nur Ariff:Ada orang gila merata-rata di sini.Tolong saya!!!!
Ridzwan:Baiklah encik,biar saya bawa encik ke 'tempat yang istimewa'.
Nur Ariff:Ke mana?
Ridzwan:Ikut saja lah.

Ridzwan membawa Nur Ariff ke taman haiwan yang ada di dalam hospital itu.Di sana terdapat banyak binatang.Nur Ariff kelihatan sungguh gembira.Dia melompat-lompat keriangan.Sementara Tishu yang masih menagis itu tiba-tiba digigit oleh sesuatu yang Tishu panggil 'itik'.

Tishu:Tolong!!!!Ada itik gigit saya.
Itik:Quack-quack.
Nur Ariff:Dah sah gila,yang gigit tu pun gila,dah jadi manusia nak jadi binatang pergi gigit-gigit orang,yang seorang lagi kata manusia tu itik.Gila-gila.
Ridzwan:Encik Hadif,sila lepas kan jari kaki cik Kain Lap Meja.
Tishu:Bukan Kain Lap Meja laa,Tishu,eja T.I.S.H.U.
Ridzwan:Tak penting laa cik Sapu Tangan.
Tishu:(Sambil menangis)Bukan Sapu Tangan,Tishu laa.

Tishu dengan perasaan marah mengheret Itik yang bernama Hadif untuk menuju ke arah Ridzwan untuk menggigit Ridzwan kerana salah sebut nama Tishu.Sebelum Tishu mendapat peluang untuk mengigit Ridzwan,Ridzwan dengan pantas bergolek-golek seperti sebiji nanas mengigit jari kaki Tishu.Tishu yang tak nak mengalah membalas gigitan Ridzwan dengan menggigit telinga Ridzwan.

Berlakulah pergaduhan gigit-menggigit antara Tishu,Ridzwan dan Hadif.Namun,pergaduhan itu dapat dihentikan oleh seorang Pejuang Jihad yang berani untuk bergaduh dengan mereka semua.Pejuang Jihad yang sedang menaiki sebatang penyapu magis yang dibawa oleh seorang perempuan yang mengelar diri nya Chamseeker.Chamseeker membawa penyapu itu dengan sungguh mahir sama seperti cara Harry Potter dalam cerita Harry Potter membawa penyapu terbangnya.

Kembali semula ke Mesir.

Semasa Haziq sedang berbual dengan Bluegonj dan Aisyah,datang seorang doktor untuk mengetahui perkembangan Haziq.Doktor yang kacak yang bernama Afnan itu sungguh baik.Dia merawat Haziq dengan penuh berdedikasi.

Afnan:Macam mana keadaan Haziq?
Haziq:Elok saja.
Afnan:Esok Haziq akan menjalani suatu pembedahan otak,kerana otak Haziq ada ketumbuhan yang serius.Haziq di minta untuk banyak-banyak bertaubat malam nie sebab takut esok Haziq mati.
Haziq:'Terima Kasih' laa sangat doktor,'tenang sikit rasa takut nie'(bercakap dengan suara yang sinis mengutuk).
Afnan:Pembedahan akan dilakukan oleh doktor yang cekap.Nama nya Amir Ridwan.Dia adalah pakar Neurologist terbaik di dunia.Dia pernah membedah kepala seorang lelaki yang lansung tidak mempunyai mata,hidung malah mulut.Namu disebabkan dia hebat,pesakit tu terus ada mata,hidung malah mulut.Tapi,dia nie selalu merendah diri,setiap kali pembedahan nya berjaya dia mesti cakap yang semua tu rahmat Allah.

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment