Thursday, August 27, 2009

sambungan:drama ayat2 cinta versi 2 ABUA

babak 4

tempat:,hospital bahagia,lebuh raya kajang silk

2 bulan kemudian...

Natishu dan Nur Ariff akhirnya sembuh dari penyakti mental mereka.Ridzwan yang pada mula nya seorang doktor di hospital sakit jiwa itu bertukar menjadi pesakit setelah mengalami tekanan jiwa selepas peristiwa gigit-menggigit dahulu.Hadif yang telah digelar sebagai itik oleh Natishu bekerja sebagai pelatih itik untuk mengadakan sarkas itik n
ya.Selepas Nur Ariff dan Natishu keluar dari hospital sakit jiwa itu,mereka telah bertekad untuk mencari mayat Haziq.Mereka berasa bersalah kerana merendam Haziq di dalam Sungai Ramal dahulu.Mereka mengadakan sebuah perjumpaan di sebuah restoran di perhentian R&R di lebuh raya Kajang silk.

Nur Ariff:Wei Tishu,kau agak-agak ke mana mayat Haziq telah hanyut?
Natishu:Tak tau lah.Mungkin sampai ke Lautan Pasifik kowt.
Nur Ariff:Ini semua salah kau lah sebab tak bawa tisu untuk lap hingus Haziq Hari tu.
Natishu:Hisk..hisk..hisk..(bunyi esakan tangisan).Aku tahu aku salah tapi nak buat macam mana waktu itu aku tak bawa duit belanja nak beli tisu.Aku menysal.
Nur Ariff:Tak mengapa,mungkin lepas ini kau boleh bawa bergulung-gulung tisu tandas,nanti biler ade kejadian yang sama mungkin kau boleh guna tisu tu.

Tiba-tiba,berlaku sebuah kemalangan di lebuh raya Kajang silk.Kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motor dan ahli parlimen perempuan.Penunggang motor itu kelihatan sama seperti orang yang melanggar Haziq dahulu.

Nur Ariff:Macam aku pernah nampak motor itu tapi di mana ya?
Natishu:Haa?Kau pernah nampak?Macam mana kau tahu tu motor yang sama yang kau pernah nampak,ini kan drama bertulis yang tiada gambar rajah,hanya menggunakan akal untuk membayangkan suasana kejadian.Tapi,mana ada dalam drama ini cerita pasal rupa motor tu,
Nur Ariff:Manala aku tahu,dah pengarang drama ini cakap "Penunggang motor itu kelihatan sama seperti orang yang melanggar Haziq dahulu."aku ikut cakap jer lah yang aku pernah nampak.
Natishu:Oh macam tu ye?Ok lah..(drama disambung) Betul lah,aku pun pernah nampak.
Nur Ariff:Silap masa lah,kau mana ada waktu motor itu langgar Haziq.
Natishu:Manalah aku tahu,aku mana boleh berfikir dalam drama bertulis ini.Aku macam jadi buah catur yang tak berbentuk.
Nur Ariff:Dah tu kau diam jerlah sehingga waktu kau kena bercakap.Nanti pandai-pandailah pengarang drama bertulis ini nak letak kau di mana.
Natishu:Ok fine,kembali kepada drama..

Nur Ariff dan Natishu pergi ke tempat berlaku kemalangan.Pada mulanya mereka mahu membantu tetapi niat mereka tiba-tiba terhalang.Rupa-rupanya kedua-kedua orng yng terlibat dalam kemalangan tersebut diselubungi dengan hingus.Nur Ariff dan Natishu berbincang.

Nur Ariff:Macam mana ini?
Natishu:Macam mana apa?
Nur Ariff:Macam mana nak tolong diorang?
Natishu:Kau nak angkat diorang ke?
Nur Ariff:(dalam keaadan kebingungan) erm..erm..Tapi aku geli lah.

Natishu dengan bangganya mengambil sesuatu dari poket nya.
(Dentuman drum berbunyi semasa Natishu sedang nenyeluk poketnya,lampu pentas dihalakan ke arah Natishu.).
Dengan tiba-tiba,muncul Chamseeker yg sedang menaiki penyapu magis sambil menyalakan satu lampu yang sungguh terang.(lampu pentas dihalakan ke arah Chamseeker disambil mengeluarkan bunyi seperti sesuatu yg sedang berkilau-kilau)

Natishu:Siapa yang datang dengan cahaya yang terang tu.Aku baru nak berlakon jadi macam Doreamon yang tengah keluarkan barang baik punya.Potong jalan betullah.
Nur Ariff:Aku pun tak tahu.Aku baru jer buat bunyi latar cerita Doraemon yang sedang keluarkan alat baru.
Chamseeker:Maaf-maaf,ini bukan salah aku tapi Pong Fong.

Pong Fong turun dari penyapu magis itu dan memakai sarung kepala untuk menutup cahaya yang terhasil daripada kepalanya yang botak.
Lampu pentas segera dipadamkan apabila Pong Fong menutup kepalanya.
Lagu "Demi Matahari" dimainkan sambil watak-watak yang lain menari-nari mengelilingi kepala Pong Fong dan mengusap-ngusap nya.

Pong Fong:Maaf-maaf,kepala aku ini licin sangat
Chamseeker:Sedar pun kau tapi masih nak bajet kacak.

Kesemua berborak-borak dengan riang.Pentas digelapkan dan bunyi ketawa Natishu,Chamseeker,Nur Ariff dan Pong Fong dikuatkan.Lampu Pentas dihalakan ke arah Ahli Parlimen yang sedang meraung-raung meminta pertolongan.

Ahli palimen perempuan:Tolong...tolong..tolong!!!!
Pong Fong:Kalian ada dengar sesuatu tak?
Chamseeker:Tak ada.
Natishu:Nanti sebentar,apa yang sebenar nya aku nak buat mula-mula ya tadi?
Nur Ariff:Kau nak keluarkan sesuatu dari poket kau.
Natishu:Ya lah,aku terlupa.Aku ingatkan nak tolong orang tadi.Ya Allah,aku baru teringat sesuatu.

Natishu memandang sekeliling untuk mengingati apa yang mahu dilakukan.Natishu melambai kepada ahli parlimen perempuan dan penunggang motorsikal yang kemalangan itu.

Natishu:(Dengan muka yang tidak bersalah)Tengok itu,ada orang kemalangan lah.Haa..baru aku ingat,aku nak keluarkan kunci kereta aku sebab nak ajak korang untuk pergi makan.Jom pergi makan.

ItalicDengan serta merta,ahli parlimen wanita dan penunggang motosikal itu mati.
Lagu "pergi tak kembali" dimainkan yang dinyanyikan oleh penunggang motosikal dan digayakan setiap ayat dan perkataan di dalam lagu tersebut oleh ahli parlimen perempuan.
Italic
Apakah nasib kedua orang yang kemalangan itu?Siapakah dia lelaki yang bernama Pong Fong itu?

bersambung....

1 comment: