Sunday, August 16, 2009

sambungan:drama ayat2 cinta versi 2 ABUA

babak 2

tempat:Sungai Ramal
Mesir

3 Tahun kemudian

Lampu pentas dinyalakan ke arah hujung pentas dan Haziq ditolak perlahan-lahan masuki ke atas sambil lampu pentas terus dinyalakan kearah Haziq.Pentas diterangkan dan muncul seorang lelaki yang bertopeng dan berjubah hitam.
Lagu 'The Phantom Of The Opera' dimainkan

Jenazah Haziq yang tidak berkaki itu hanyut jauh ke tengah lautan luas di bawa oleh arus yang deras.Haziq telah hanyut dari Sungai Ramal hingga ke Lautan Hindi.Dari Lautan Hindi,Haziq terus terhanyut masuk ke lembah Sungai Nil di Mesir.Di sana,Jenazah Haziq telah dijumpai oleh seorang lelaki yang memakai topeng muka berwarna putih yang menutupi seluruh wajah lelaki itu.Tiba-tiba,tatkala lelaki bertopeng itu sedang mengangkut Haziq naik kedaratan,terdengar suatu bunyi.

Lelaki bertopeng:Bunyi apa tu?Bau apa pula nie?Bapak busuk

Rupa-rupa nya ia adalah bunyi kentut Haziq.Pada saat itu lelaki bertopeng itu dapat tahu bahawa Haziq masih hidup.Dia membawa Haziq ke hospital berdekatan untuk memberi Haziq rawatan.

Sementara di Kajang,yakni negeri di mana di dalam nya wujud nya Sungai Ramal tempat peristiwa bersejarah terhadap Haziq berlaku.Nur Ariff masih berada dalam keadaan rasa bersalah.Nur Ariff menyesal kerana menolak Haziq masuk ke dalam Sungai Ramal untuk dicuci.Tidak kurang beza nya polis wanita yang terlibat dengan Nur Ariff menolak Haziq masuk ke dalam Sungai Ramal.
Pada suatu hari,mereka terserempak di sebuah hospital sakit jiwa.

Nur Ariff:Eh,bukan ke engkau polis yang hari tu?
Polis:Yelah,engkau yang tolak Haziq ke dalam Sungai Ramal tu.Apa kau buat kat sini?
Nur Ariff:Aku sekarang nie doktor kat sini.
Polis:Aku pun sama,serupalah.
Suara Pembesar Suara:Diminta semua doktor bertenang kerana terdapat dua orang pesakit mental yang terlepas keluar dari wad sakit jiwa tahap kritikal yang menyamar sebagai doktor sedang merayau-rayau di hospital ini sekarang.
Nur Ariff:Apa yang sedang berlaku?
Polis:Ntah laa.Diorang cakap ada orang sakit jiwa terlepas.
Nur Ariff:Tak kisah laa,bukan ker kau dulu kerja polis.
Polis:Memang aku polis.Aku pun perdana menteri.Mak aku yang hantar aku naik kereta ambulance dengan baju yang tak ada lubang untuk keluar tangan untuk bekerja di sini.
Nur Ariff:Samalah macam aku.Tapi,aku lain sikit,aku bukan mak aku yang paksa tapi aku terpaksa bersembunyi dari kejahatan seekor raksasa yang cuba makan aku.
Polis:Eiii....bahaya nya.Nasib baik kau masuk sini sebab sekurang-kurang nya kau selamat daripada dimakan raksasa tu.Tapi,di sini pun tak selamat jugak sebab ada orang gila terlepas.
Nur Ariff:Betul-betul.
Suara Pembesar Suara:Perhatian,jika sesiapa menjumpai seorang lelaki yang bercerita tentang dirinya yang sedang bersembunyi daripada dimakan raksasa dan seorang perempuan yang mengaku dirinya seorang polis,perdana menteri serta doktor,sila laporkan ke unit keselamatan kerana merekalah orang yag sakit mental yang dikehendaki.
Nur Ariff:Ada jugak orang yang cakap dia akan dimakan oleh raksasa,pelik betul,orang tu mesti gila.
Polis:Orang yang cakap dia tu polis,perdana menteri dan doktor tu pun mesti orang gila.

Di mesir....
Haziq terjaga dari katil di hospital.Dia ternampak seorang perempuan yang berqurdah dan seorang lelaki yang bertopeng.Mereka kelihatan seperti orang tempatan.

Haziq:Dekat mana aku nie?
Lelaki Bertopeng:?????Ma tatakallamu??
Haziq:Orang Arab rupa nya dia nie.Macam mana nak cakap 'kat mana aku sekarang' dalam bahasa arab ye?Haa.....ismah li biddukhul?
Lelaki bertopeng:?????Do you know how to speak arabic ?
Haziq:Laaaa,bahasa inggeris pula.Macam mana nie??????

Lagu 'Revolusi' dimainkan.
Pentas digelapkan.

Bagaimanakah kehidupan Haziq selepas ini?Apakah yang akan berlaku kepada Nur Arif dan polis itu?Siapakah Lelaki Bertopeng dan Wanita berqurdah yang telah menyelamatkan Haziq tadi?

Bersambung........

No comments:

Post a Comment